Kerajaan Jerman dijangka mewujudkan undang-undang baru pada 2016 yang melarang pekerja menerima e-mel berkaitan kerja selepas jam 6 petang.
Perubahan yang bakal dicadangkan itu berdasarkan hasil kajian diarahkan dilakukan Menteri Buruh Andrea Nahles.
“Keadaan kerja seperti itu memang menyebabkan gangguan terhadap kesihatan mental seseorang,” katanya.
E-mel memang menjadi bahagian penting dalam kerja harian malah kajian menunjukkan lebih suku hari bekerja (28 peratus) kini dihabiskan dengan hanya membaca atau membalas e-mel.
Bagaimanapun, disebabkan ia memudahkan komunikasi, pertukaran e-mel sebenarnya bererti pengguna tidak lagi bekerja sekadar dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
Malah, satu lagi kajian pada 2012 menunjukkan waktu kerja secara am kini bermula pada jam 7.17 pagi dan berakhir pada 7.02 malam kerana golongan pekerja terpaksa memeriksa e-mel termasuk menggunakan telefon pintar.
Jika Jerman meluluskan perubahan itu, ia akan menjadi undang-undang pertama dunia yang mengehadkan e-mel selepas waktu kerja.
Sebelum ini, ada kesatuan pekerja di Perancis menandatangani perjanjian bagi membolehkan golongan pekerja tidak mengendahkan e-mel selepas bekerja 13 jam. - Agensi
0 comments:
Post a Comment