/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Thursday 2 October 2014

Nama Terpanjang Dalam Rekod JPN



Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Binti Airol Anizam diiktiraf nama terpanjang pernah didaftarkan di Jabatan Perdaftaran Negara (JPN).

Nama unik itu diumumkan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Sulaiman Keling ketika berucap pada Hari Pendaftaran Negara dan Hari Inovasi 2014 di Ibu Pejabat JPN, di sini, semalam.

Difahamkan, pemilik nama terpanjang di Malaysia itu masih menuntut di sebuah sekolah rendah dan berusia lapan tahun.

Dalam pada itu, Sulaiman berkata, nama terpanjang itu adalah antara maklumat menarik yang pernah dikendalikan JPN sejak beroperasi pada 1948.


“Mungkin ramai yang tidak tahu, namun ia (nama terpanjang) adalah antara maklumat menarik seperti nama yang paling banyak digunakan dan didaftarkan di negara ini.


“Suka untuk saya kongsikan dengan semua pada majlis hari ini (semalam) mengenai keunikan yang ada pada JPN,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 400 hadirin.

Majlis Hari Pendaftaran Negara dan Hari Inovasi 2014 itu disempurnakan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff.

Sulaiman berkata, selain nama unik itu, rekod JPN turut menunjukkan nama paling popular yang digunakan di negara ini ialah Ahmad seramai 63,049 orang diikuti Alex (16,992) dan Ravi (10,866).
Nama Terpanjang Dalam Rekod JPN
  • Title : Nama Terpanjang Dalam Rekod JPN
  • Posted by :
  • Date : 15:05
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top