/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Thursday, 2 October 2014

Bagaimana Untuk Buang Rumah Anda Dari Google Street View

Semalam kami melaporkan Google Street View kini sudah memetakan 90% jalan-jalan awam di Semenanjung Malaysia. Kami juga ada menulis tentang 16 tempat menarik yang harus anda lawati menggunakan Street View.

Semalam kami mengembara secara maya menggunakan fungsi ini dan kami menyedari ada gambar kenderaan milik kami yang tidak dipadamkan nombor pendaftarannya secara penuh oleh pihak Google. Mengikut undang-udang, pihak Google harus mengaburkan muka individu dan setiap nombor kenderaan yang dipaparkan di dalam Street View. Sekiranya anda menemui imej peribadi atau nombor pendaftaran kenderaan milik anda yang tidak dikaburkan apakah yang boleh anda lakukan? Ikuti langkah-langkah berikut untuk mengarahkan Google untuk memadamkannya bagi pihak anda.

Buka laman Google Maps.
Tarik dan letakkan logo Pegman (watak kuning Street View) untuk mengakses fungsi Street View
Cari gambar yang ingin anda kaburkan.
Pada bahagian bawah sebelah kanan anda akan menemui butang “Report Inappropriate Street View” dan tekan butang “Submit”.
Pihak Google kini akan memproses permintaan anda. Sekiranya alamat Emel disertakan pihak Google juga akan menghantarkan mesej kepada anda selepas imej diubah mengikut kehendak anda.


Lihat Video di Bawah ini


Sumber amanz.my
Bagaimana Untuk Buang Rumah Anda Dari Google Street View
  • Title : Bagaimana Untuk Buang Rumah Anda Dari Google Street View
  • Posted by :
  • Date : 14:49
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top