/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Saturday, 27 September 2014

Kisah Benar:14 TAHUN ANAK DILARIKAN BEKAS ISTERI,DIMANA SUNNI SEKARANG?


Hidup Lepat memang penuh liku...pernah dituduh murtad...namun sebagai ayah kasih sayang pada anak tidak pernah pudar,apatah lagi bila mengenangkan bagaimana dengan akidah anak tersayang 

Kisahnya pernah dipaparkan dalam Mastika kira-kita belasan tahun dahulu..

Dan kisah sedih Lepat saya ingati sehingga kini

Siapa Lepat ini...? 

Lepat dibumi Bremen sebagai pelukis dan pemain muzik jalanan.... dan seorang bapa yang menderita kerana amat merindui anaknya...terpaksa akur dan pasrah dengan perpisahan ini...

ikuti coretan perpisahan ini:

Lepat, 44, yang telah bermati-matian cuba mendapatkan kembali anak lelaki mereka yang kini sudah pun berusia 18 tahun tetapi hanya menemui jalan buntu. 

Semua usahanya gagal kerana banyak pihak yang seolah-olah tidak memandang serius mengenai kesnya. 

Sebenarnya, penulis dengan dengan tidak sengaja telah menemui beberapa video anak kepada kartunis ni yang bercakap fasih dalam Bahasa Melayu sedangkan dia sebenarnya tinggal di Jerman.

 Mengimbas kembali kisah hidup mengenai kartunis yang berasal dari Pulau Pinang ini, 

Lepat telah berkahwin dengan Jane Brummit @ Aishah Jane Abdullah, 40, dan dikurniakan seorang anak lelaki, Sunni Sazali yang dilahirkan di Malaysia. 

Namun, pada Februari 1996, semasa Sunni berusia lima bulan, Jane telah melarikan Sunni ke England. 

Tetapi Lepat berjaya membawa Sunni pulang kembali ke Pulau Pinang pada Oktober tahun yang sama. Akhirnya mereka bercerai dan dalam pada proses menuntut hak penjagaan anak, dari situlah bermula segala cabaran dan dugaan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Baru-baru ini kami mejemput Lepat atau Ismail Arrifin untuk makan tengahari di kediaman kami. 

Agak tragis bila mendengar dari mulut beliau sendiri bagaimana beliau melalui hari-hari selepas peristiwa hitam yang terjadi atas dirinya.
Sebenarnya Sunni dilahirkan di Malaysia tetapi dilarikan ke Britain oleh Jane pada bulan Mac 1996 selepas rumah tangga pasangan itu mengalami keretakan.Lepat menyusulnya ke Britain, tinggal di negara ini selama beberapa bulan sebelum membawa lari Sunni ke Amsterdam dan kemudian ke Pulau Pinang pada bulan Oktober 1996. Keperitan hidup amat dirasai semasa beliau di UK sehinggalah beliau dapat melarikan Sunny.


Kes ini menjadi rumit kerana keluarga Jane Brummit berjaya mendapatkan perintah Mahkamah Crown di Winchester supaya Ismail memulangkan semula Sunni. Jane kemudian pergi ke Malaysia bagi mendapatkan hak penjagaan ke atas Sunni daripada Mahkamah Syariah Pulau Pinang. Kes penjagaan anak itu ditangguh pada bulan Jun 1997.

Sunni ..semasa kecil ketika dilarikan bekas isteri Lepat


Tiga belas tahun anak dilarikan bekas isteri




KUALA LUMPUR: Pelukis potret, Ismail Ariffin atau Lepat yang mengalami tekanan perasaan sejak 13 tahun lalu selepas anaknya, Sunni Sazali, dilarikan bekas isterinya, mahu menyaman Mahkamah Syariah negara ini. 



Lepat, 42, mengakui kejadian masih menghantui dirinya hinggakan beliau mengalami gangguan emosi dan tekanan hidup kronik kerana berjauhan dengan anaknya yang ketika itu berusia dua tahun. Dia kecewa dan mendakwa Mahkamah Syariah Pulau Pinang tidak membantu memastikan kes hak penjagaan Sunni mencapai keputusan sama ada memihak kepadanya atau bekas isterinya, warga Britain, Aishah Jane Brummit.


“Selepas berfikir sekian lama, saya rasa keadilan perlu dituntut kerana ia berpunca daripada kelemahan pihak terbabit (Mahkamah Syariah) hingga menyebabkan saya kehilangan Sunni.

“Bila terkenangkan nasib Sunni, terutama soal iman dan risaukan kalimah syahadah Sunni, saya menjadi runsing dan bimbang,” dakwanya ketika dihubungi di Bremen, Jerman di sini, semalam.

Tiga belas tahun lalu, negara dikejutkan berita mengenai Aishah melarikan anaknya hasil perkongsian hidup dengan Lepat selepas pertemuan dengan anaknya atas perintah Hakim Mahkamah Syariah Pulau Pi-nang, Othman Ibrahim.
Pada 1 April 1997, mahkamah berkenaan mengeluarkan perintah membenarkan Aishah bertemu Sunni setiap pagi Sabtu di pekarangan Balai Polis Lebuh Pantai, Georgetown.

Bagaimanapun, Aishah mengambil kesempatan daripada perintah itu dengan merancang melarikan Sunni ke luar negara menerusi sempadan di Bukit Kayu Hitam.

Malah, insiden itu bukan yang pertama, sebaliknya setahun sebelum itu, Aishah pernah melarikan Sunni ke negara asalnya sebelum Lepat berusaha ‘merampas’ anak sulungnya itu ketika sedang tidur di kediaman keluarga mentuanya di Devon, England.

Kini, pasangan yang sudah berpisah itu membawa haluan masing-masing dengan Aishah, 38, menetap bersama Sunni, 15, di Devon, manakala Lepat yang berkahwin kali kedua dengan rakyat Jerman, kini tinggal bersama isteri yang juga penuntut peringkat sarjana bidang psikologi di Universiti Bremen, Nor Azlina Caesar Abdullah, 26, dan anak perempuan mereka, Siti Aminah yang berusia tiga tahun di negara berkenaan.

Lepat yang berasal dari Bagan Lebai Tahir, Butterworth, mendakwa kelemahan sistem kehakiman mahkamah berkenaan, di tambah persepsi negatif terhadap dirinya menyebabkan beliau terpaksa menanggung rindu berpisah dengan Sunni.

Menyingkap kejadian pada 5 Julai 1997, Lepat yang menjalani pembedahan pankreas tahun lalu dan menghidap penyakit buah pinggang, berkata tindakannya ‘mengintai’ Sunni dan Aishah dari bangunan bersebelahan balai polis menimbulkan rasa tidak puas hati bekas isterinya, menyebabkan mahkamah mengarahkan beliau tidak mengulangi perbuatan itu.

“Arahan itu juga menyebabkan Sunni berjaya dibawa ke luar negara kerana tidak ada pihak yang mengawasi pergerakan Aishah. Ketika itu, saya ke kedai makanan segera membeli kentang goreng untuk Sunni dan apabila tiba di pekarangan balai polis, kelibat kedua-duanya sudah tidak kelihatan,” dakwanya.

INFO
Rentetan peristiwa
Februari 1996 – Aishah larikan Sunni ke England kali pertama sebelum
Lepat merampasnya dan membawa pulang ke Malaysia.

5 Julai 1997 – Sunni dilarikan Aishah buat kali kedua dengan menyeberangi sempadan di pintu Bukit Kayu Hitam.

Ogos 1997 - Aishah mendapat hak penjagaan terhadap Sunni daripada mahkamah di London.


Lepat kini menetap di Jerman bersama isteri barunya memberitahu anak nya itu kini telah berusia 14 tahun dan amat berharap satu masa nanti dia akan dapat menemuinya. 

Semoga konflik keluarga ini akan berakhir satu masa nanti dan mereka akan bersatu semula. Buat masa ini beliau masih aktif sebagai pelukis dan pemuzik.

                                                         Sunni ..kini dah besar



                                                   ANAK LEPAT YANG DILARIKAN, SUNNI


Jadi apa yang berlaku dengan lepat sekarang?

LEPAT SEKARANG BAHAGIA DI BREMEN, GERMAN BERSAMA ISTERI, LINA DAN DUA ANAK NYA AMINAH DAN AHMAD AZALI.WALAUPUN BAHAGIA, SAKIT RINDU TERHADAP ANAKNYA,SUNNI MAKIN MENEBAL.





COMELKAN ANAK LEPAT AMINAH DAN AZALI

Lepat bersama isteri

Jadi Lepat dah pun berkahwin dengan perempuan Jerman (Germany) dan hasil perkahwinan mereka, mereka dikurniakan dua orang anak, iaitu Siti Aminah dan Azali. 

Facebook Ismail Ariffin (Ismail Lepat) yang boleh dicapai di sini

facebook anak Lepat...Sunni








femes dah anak dia ni sekarang... MUKA PUN ADA IRAS-IRAS LEPAT.


ISI HATI LEPAT

LEPAT SUDAH PUN BERUMAH TANGGA.. .Telah berkahwin untuk kali kedua dengan rakyat Jerman dan kini tinggal bersama isterinya, Nor Azlina Ceasar Abdullah, 27, yang juga penuntut peringkat sarjana bidang psikologi di Universiti Bremen dan anak perempuan Siti Aminah serta anak lelaki Ahmad Azli Ceasar, .

Lepat telah banyak berusaha untuk mendapat kembali anaknya Sunni..ikuti kenyataan beliau:

“Sudah puas saya minta bantuan sana sini mendapatkan semula anak saya (Sunni Sazali), tetapi semuanya tidak berhasil. Kini saya hanya mampu berdoa agar suatu hari nanti dia kembali.
“Sudah hampir 14 tahun saya cuba minta tolong pihak berkaitan tetapi semuanya seperti membisu hingga menyebabkan jiwa saya tertekan memikirkannya.

“Sehingga kini, semua pihak seperti sudah melupakannya termasuk juga Mahkamah Syariah Pulau Pinang yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap Sunni ketika dia dilarikan bekas isteri saya,” katanya. Menurutnya, sejak kejadian Sunni dilarikan bekas isterinya, Aishah Jane Brummit, dia banyak memendam perasaan. Katanya, akibat terlalu lama memendam perasaan itu juga menyebabkan dia disahkan menghidap penyakit hulu hati dan buah pinggang.

“Saya menderita penyakit ini sudah sekian lama hingga terpaksa menjalani pembedahan di Jerman pada 2009 dan doktor di sana mengesahkan bahawa penyakit itu disebabkan gangguan emosi kronik yang dialami.

“Siapa yang mampu bertahan dengan situasi dihadapi seperti ini, sudahlah anak dilarikan ketika dalam jagaan ‘pihak berkuasa’, bantuan diharapkan dapat mengusahakan kepulangannya semula juga tidak berhasil,” katanya.

Dia mengakui sangat merindui Sunni dan beberapa kali pernah cuba berkomunikasi dengannya melalui laman sosial, facebook tetapi anaknya itu seperti mengelak daripada‘berbual’ dengannya.

“Dengan apa yang terjadi kepada saya ini, saya tidak berdendam kepada Aishah Jane tetapi akan terkilan jika dia dan Sunni tidak lagi mengikut ajaran Islam.

“Walaupun ramai mempersoalkan gaya penampilan saya hingga ada yang pernah mendakwa saya mengikut ajaran sesat, sebenarnya saya taat kepada ajaran Islam dan tidak kisah apa yang orang katakan,” katanya. “Malah, saya ada merancang untuk membawa isteri dan anak-anak di Jerman pulang dan menetap di Malaysia kerana mahukan mereka mendalami ajaran Islam.

Dia juga menceritakan kepada Siti Aminah mengenai Sunni dan dia beriya-iya mahu bertemu dengan abangnya itu.


Siti Aminah...anak Lepat yang comel

                                          
INI ADALAH VIDEO YANG TELAH DI UPLOAD OLEH SESEORANG UNTUK TATAPAN LEPAT DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA.. SEMOGA TERUS TABAH DAN DAPAT BERJUMPA DENGAN SUNNI SUATU HARI NANTI...

Lepat masih merindui Sunni yg kini tinggal bersama Aishah di Devon..
Yang dikesalkan oleh Lepat adalah Sunni telah dibesarkan tanpa pegangan agama islam..

Saya selalu cari info mengenai Lepat dan selalu tengok video2 dia di youtube..
Pelbagai dugaan terpaksa dilalui oleh Lepat antaranya
ada yg mendakwanya gila dan ada dakwaan mengatakan dia adalah
anak Ayah Pin hanya kerana ayahnya bernama Ariffin..
Sungguh hebat dugaan hidup Lepat..

Saya suka satu petikan Lepat bila ada yg mempertikaikannya berambut panjang..
Lepat jawab, 

"Rambut ni panjang sebab tak potong ja.. Bukan ada salah apa pun.. Kalau kita cakap menipu lepas tu rambut kita jadi panjang tu memang la salah.."
Lepat dan isterinya serta Siti Aminah

Itulah sedikit sebanyak kisah pahit dan liku-liku disebalik kehidupan seorang pelukis jalanan biasa yang bernama Ismail Ariffin ataupun Ismail Lepat dalam usaha untuk mendapatkan anak kesayangan beliau semula : Sunni. 

Tangiasan Aminah di pagi raya pertama


Sebagai insan ataupun orang biasa, usaha beliau lagi payah dan terus ditekan sehingga sampai ke limit. 

Oh ya, segala data dan maklumat yang aku sharing di sini adalah input daripada kajian aku sendiri serta sumbangan info dan data daripada BeritaSemasa dan Abang Kamato yang pernah menemu bual Ismail Ariffin ataupun Ismail Lepat 3 tahun yang lepas.

 Bagi sesiapa yang tak tengok lagi video itu, bolehlah rujuk seketika luahan hati Abang Ismail Ariffin ataupun Ismail Lepat nie. Paling aku ingat ayat beliau ialah : ‎"perjuangan berdasarkan pengenalan hakikat.." Injustice anywhere is a threat to justice everywhere. 

Allah lebih mengetahui akan terjadinya sesuatu itu dan hikmah sebaliknya.

Terserlah kasih sayang lepat terhadap anak-anaknya...boleh dilihat melalui "youtube lepat"
Kisah Benar:14 TAHUN ANAK DILARIKAN BEKAS ISTERI,DIMANA SUNNI SEKARANG?
  • Title : Kisah Benar:14 TAHUN ANAK DILARIKAN BEKAS ISTERI,DIMANA SUNNI SEKARANG?
  • Posted by :
  • Date : 12:14
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

4 comments:

Top