Seperti yang kita tahu,semua pelanggan perkhidmatan televisyen berbayar Astro pada hari Ahad yang lalu telah mengalami gangguan servis dimana kebanyakan saluran mereka bergelap selama beberapa jam.Ramai pengguna telah melepaskan kemarahan mereka dengan membuat status berbaur kecaman di laman sosial Facebook rasmi Astro.
Dan hari ini satu status telah dimuatnaik oleh Astro bagi menjelaskan perkara sebenar dan memohon maaf kepada semua pelanggan mereka atas isu itu.Jadi pihak Astro juga mengumumkan bakal memberikan siaran percuma keatas semua saluran selama 3 hari bermula 6 petang 29 Ogos sehingga Isnin 1 September.Ini dilakukan bagi meredakan kemarahan pelanggan mereka sekaligus untuk mengelakkan nama mereka tercemar.
0 comments:
Post a Comment