Pelik tapi benar!
Seekor anak kucing terbuang berusia empat bulan yang dipungut seorang pemandu di Klinik Kesihatan Bandar Ceneh Baru menumpang kasih seekor beruk betina apabila kedua-duanya kelihatan akrab tak ubah seperti ibu dan anak.
Kemesraan dua ekor haiwan itu mula terjalin sejak Zainudin Ismail, 52, membawa pulang anak kucing itu ke rumahnya dua bulan lalu selepas menemuinya berkeliaran dalam keadaan kelaparan di kaki lima lot kedai dekat sini.
Zainudin berkata, simpati akan keadaan anak kucing itu yang kurus kering, dia mengambilnya untuk dipelihara dan diberikan nama Putih.
Katanya, di rumah dia turut membela seekor beruk betina yang ditemui di tepi Jalan Cheneh-Mak Lagam dalam keadaan cedera kerana dilanggar dua tahun lalu.
“Walaupun spesies berbeza, kedua-dua haiwan belaan saya ini sangat rapat hingga kedua-duanya dilihat sentiasa makan dan bermain bersama seperti ibu dan anak.
“Beruk betina milik saya ini juga kelihatan sangat sayangkan Putih dan kedua-duanya sering berpelukan antara satu sama lain,” katanya.
Katanya, sehingga kini Putih tidak sedikit pun dicederakan beruknya itu.
“Saya sekeluarga sangat terhibur dan adakalanya tersentuh hati setiap kali lihat gelagat Putih dan ibu baharunya ini. Dua haiwan ini ibarat anugerah ALLAH SWT kepada kami sekeluarga kerana situasi ini jarang terjadi,” katanya.

0 comments:
Post a Comment