/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Tuesday, 21 October 2014

Kenapa Ustaz Yang Hadir Pada Program Sentuh Anjing Tapi Tidak Sentuh Anjing?Ikuti Luahan Isi hati Ustaz Iqbal Parjin Yang Hadir Bersama Di majlis “Touch A Dog”

WAJAH PENGANJUR DAN USTAZ-USTAZ YANG MENGANJURKAN PROGRAM PEGANG ANJING DIDEDAHKAN | Acara memegang anjing ini mencetuskan kontroversi apabila ramai pihak yang mengkiritik pengajuran acara sebegini.

Dipetik dari MutiaraPost.com,

Inilah Muka Penganjur Dan Ustaz-Ustaz Yang Menganjurkan Kempen Pegang Anjing. Yang Admin Hairanya Kenapa Ustaz-Ustaz Yang Bagi Ceramah Semasa Kempen Pegang Anjing Tidak Pulak Pegang Anjing...??

Mudahnya Memesongkan Akidah Umat Islam. Yang Umat Islam Pergi Dan Pegang Anjing Tu Bagai Tak Rasa Bersalah Atau Tidak Boleh Fikir ?Walau Macam Mana Pun Anjing Tu Tetap Haram Bagi Umat Islam!

Setelah diselidik, Program ini mendapat kelulusan dari Majlis Agama Islam Selangor. Perkara ini juga disahkan oleh salah seorang pengunjung yang hadir di program berkenaan.




Ustaz Mohd Iqbal Parjin atau gelarannya Ustaz Abu Zulfaqar, adalah ustaz yang dijemput oleh pihak penganjur program 'I Want to Touch a Dog' (IWTTAD). 

Dari pengakuan, luahan hati dan permohonan maaf beliau dalam isu ini, nyata seperti ada 'miss communication' di antara pihak penganjur dengan beliau.


Penjelasan dari Ustaz Iqbal Parijin yang diundang bersama di “I Want to Touch a Dog” semalam.

Assalamualaikum,
Alhamdulillah dan segala syukur untuk Allah SWT.

Cuaca sosial media pada ketika ini agak panas berhubung program “I Want To Touch a Dog”, yang saya terlibat secara langsung di dalamnya untuk memberi perkongsian ilmu, setelah mendapat tahu program ini telah mendapat izin dari pihak MAIS.

Pada awalnya, penganjur program, Syed Azmi,menjemput saya untuk mengisi slot ilmu. Saya merasakan ini adalah peluang yang baik untuk menyampaikan mesej Islam kepada Muslim dan non-Muslim, dan alhamdulillah sehingga kini mereka masih menghubungi saya untuk libertarian perihal Islam dengan lebih lanjut.

Saya difahamkan bahawa tempat perkongsian ilmu diasingkan dari tempat anjing-anjing berkumpul.

Saya akui yang saya terlepas pandang bahawa program ini disalah tafsir malah diambil kesempatan oleh setengah pihak untuk menggalakkan masyarakat Melayu awam bermesra-mesra dengan anjing tanpa sebab. Saya tidak pernah terfikir perkara ini boleh berlaku seolah-olah saya yang menggalakkannya.

Saya memenuhi jemputan ini, dan menjelaskan kepada yang hadir mengenai hukum – hakam yang jelas menurut mazhab Syafi’e, seperti yang terdapat dalam fatwa JAKIM.

Dibawah ini saya sertakan lampiran yang difotokopi sebanyak 500 helai dan diedarkan kepada mereka yang hadir.

Saya ingin JELASKAN disini bahawa saya TIDAK BERSETUJU dengan aksi peluk,cium anjing yang dilakukan pada hari tersebut oleh peserta-peserta program.

Saya juga jelas menerangkan,tidak dibenarkan menyentuh anjing tanpa sebab yang perlu.

Saya terkilan kerana pihak media hanya menyebarkan sebahagian ucapan saya yang seolah-olah saya menyokong perbuatan tersebut, manakala bahagian hukum hakam tidak disebutkan oleh pihak media.

Saya memohon maaf secara terbuka di atas segala kecelaruan dan kepincangan yang berlaku. Iktibar dan pelajaran yang berharga saya perolehi dari apa yang telah berlaku. Saya mengharapkan program ini pada masa hadapan dapat dilakukan dalam suasana yang lebih menghormati sensitiviti masyarakat setempat.

Terima kasih di atas segala kritikan dan teguran yang membina.Saya yakin segalanya ada hikmah dari Allah. Semoga dengan pengalaman ini mematangkan lagi diri saya dalam liku-liku perjuangan dakwah.


Mohd Iqbal Parjin

Berikut pula video huraian hukum sengaja menyentuh anjing dari Ustaz Azhar Idrus.


Kenapa Ustaz Yang Hadir Pada Program Sentuh Anjing Tapi Tidak Sentuh Anjing?Ikuti Luahan Isi hati Ustaz Iqbal Parjin Yang Hadir Bersama Di majlis “Touch A Dog”
  • Title : Kenapa Ustaz Yang Hadir Pada Program Sentuh Anjing Tapi Tidak Sentuh Anjing?Ikuti Luahan Isi hati Ustaz Iqbal Parjin Yang Hadir Bersama Di majlis “Touch A Dog”
  • Posted by :
  • Date : 09:13
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top