/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Wednesday 8 October 2014

Seorang Terbunuh, 300 Cedera Dalam Gempa Bumi Di China


BEIJING – Satu kejadian gempa bumi yang melanda wilayah Yunnan di China mengakibatkan seorang terbunuh dan lebih 300 orang cedera.

Pejabat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa berukuran 6.0 magnitud itu melanda lewat semalam di kawasan yang bersempadan dengan Myanmar dan Laos.

Agensi berita Xinhua melaporkan setakat ini seorang mangsa maut dan 324 orang mengalami kecederaan, sebahagian besarnya di kawasan Jinggu, berdekatan pusat gempa.

Ia memetik pegawai tempatan sebagai berkata lebih 92,000 orang di Jinggu terjejas dan 56,880 orang dipindahkan.

“Banyak rumah runtuh dan kami sedang mencari mangsa terbabit,” kata pegawai tempatan.

Xinhua berkata pihak berkuasa mengisytiharkan darurat dan menghantar 3,200 anggota tentera bagi menyelamatkan lebih banyak nyawa. – AFP
Seorang Terbunuh, 300 Cedera Dalam Gempa Bumi Di China
  • Title : Seorang Terbunuh, 300 Cedera Dalam Gempa Bumi Di China
  • Posted by :
  • Date : 12:27
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top