/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Wednesday 8 October 2014

Euro 2016: England Harus Hormat San Marino – Milner


LONDON – Pemain tengah England, James Milner memberi amaran kepada rakan sepasukan, mereka mungkin terperangkap andai beranggapan San Marino mudah dijinakkan dalam saingan kelayakan Euro 2016 di Wembley, esok.

Walaupun The Three Lions menguasai carta Kumpulan E selepas merakamkan kemenangan 2-0 ke atas Switzerland di Basel, bulan lalu namun pemain Manchester City itu berpendapat ia pendekatan berbahaya jika beraksi pada tahap sederhana.

“Kita tidak boleh membiarkan mutu persembahan pasukan menurun,” katanya di sidang akhbar di markas latihan England di St George Park, hari ini.

“Setiap orang mengerti kami mampu menang tetapi lawan tetap harus dihormati. Adalah tidak mudah untuk memecah masuk benteng lawan yang datang ke sini untuk bertahan.

“Apa yang lebih penting usah biarkan mutu persembahan kita menurun walaupun berdepan pasukan yang lemah. Kami harus sentiasa maju.”

San Marino berada dalam ranking ke-208 dunia ketika ini dan hanya menjaringkan satu gol sahaja daripada 29 perlawanan kompetitif terakhir mereka.

Ini bererti, jika England berjaya merakamkan kemenangan besar nanti, belum pasti anak didik Roy Hodgson akan diberi pujian. – AFP
Euro 2016: England Harus Hormat San Marino – Milner
  • Title : Euro 2016: England Harus Hormat San Marino – Milner
  • Posted by :
  • Date : 12:28
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top