/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Friday, 10 October 2014

Menakutkan ...Mayat Pesakit Ebola Hidup Semula,Penduduk kampong Lari Ketakutan

Perkerja WHO dan orang kampung berlari dengan huru-hara selepas 2 mayat kembali hidup dan cuba menggigit mereka.

Laporan pertama tentang Mayat hidup semula datang dari Liberia, Africa. 

Di Bandar Ganta, penduduk sedang berwaspada selepas pesakit yang mati akibat penyajit Ebola dilihat ‘ berjalan-jalan tidak tentu arah, dan mengaum-ngaum.’

                                            Mayat pesakit Ebola hidup semula dan mengigit orang
Dua pesakit Ebola, yang membesar di bandar yang sangat kaya, Nimba County, hidup semula didepan keluarga mereka sendiri. Laporan menunjukkan yang pesakit itu berumur dari 40-60 tahun. 

Sebuah acara mengebumikan mayat sedang diadakan untuk kedua-dua pesakit ini.
Penduduk bandar dengan cepat menjadi takut dan terperanjat, hingga menyebabkan keadaan menjadi sangat huru-hara apabila mayat hidup semula. Kedua-dua mayat pesakit hidup semula hanya beberapa minit sebelum dikebumikan.

Laporan dari Afrika menunjukkan yang 2 perkerja WHO yang digigit mayat pesakit dijangkiti dengan virus Ebola. Banyak negeri lain juga melaporkan yang  perkerja WHO sering digigit oleh keluarga-keluarga dan orang yang tidak dikenali, tetapi lebih banyak laporan menunjukkan yang perkerja ini digigit oleh orang yang seperti tidak sedar diri.

Mayat Pesakit Ebola Dibiarkan Di Jalanraya


Liberia – Penularan wabak Ebola kini semakin buruk. Ketakutan yang dialami penduduk menyebabkan mereka meninggalkan sahaja mayat pesakit Ebola mereput di jalanan kerana ahli keluarga bimbang mereka juga akan dijangkiti virus itu jika mereka menguruskan mayat untuk pengebumian.

Malah mayat itu diheret ke jalan, bagi mengelakkan seluruh anggota keluarga dikuarantin. Mayat pesakit Ebola boleh menjangkiti orang lain melalui luka atau pendarahan di bahagian mulut dan mata. Setakat ini ia telah menyebabkan 900 nyawa terkorban di seluruh Afrika Barat.

Minggu lepas, kerajaan Liberia telah mengumumkan langkah tegas untuk mengawal wabak berkenaan iaitu dengan menutup skolah, melaksanakan kuarantin bagi seluruh anggota keluarga pesakit dan mengesan saudara mara pesakit.


Langkah tegas itu menyebabkan ramai penduduk tempatan membiarkan mayat pesakit reput di jalanan dan ia dilakukan senyap-senyap bagi mengelakkan mereka dikesan.

Namun pihak berkuasa menentang perbuatan penduduk itu kerana ia mendekatkan lagi mereka dengan penyakit berkenaan apabila mereka menyentuh mayat ketika diseret ke jalan.

Sebaliknya, pihak berkuasa meminta penduduk menghubungi pasukan penyelamat dan pihak terbabit akan mengambil mayat berkenaan dengan menggunakan semua aspek keselamatan bagi mencegah

penularan. Dengan hanya sebahagian kecil sahaja pesakit Ebola berjaya disembuhkan, penyakit ini kini disifatkan sebagai perangkap maut.

Isnin lalu, kerajaan juga mengumumkan bahawa semua mayat pesakit Ebola perlu dikebumikan segera kerana bimbang penularan penyakit berkenaan bakal melumpuhkan sistem kesihatan di negara miskin itu.
Arahan dikeluarkan selepas majlis pengebumian 20 pesakit Ebola menjadi kecoh selepas keluarga melarang ia dilaksanakan segera.
no image
  • Title : Menakutkan ...Mayat Pesakit Ebola Hidup Semula,Penduduk kampong Lari Ketakutan
  • Posted by :
  • Date : 12:56
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top