"Saya Ada Ebola, Habislah Kamu Semua" - Gurauan Melampau Dalam Pesawat
Gurauan salah seorang dari penumpang pesawat US Airways di dalam pesawat tersebut telah menyebabkan dia terpaksa menjalani ujian pengesanan Ebola.
Lelaki berusia 54 tahun itu telah dilaporkan menjerit "Saya ada Ebola, habislah kamu semua". "Saya telah pergi ke Afrika", tambah lelaki itu lagi, memetiak Fox News Latino.
Walaupun lelaki itu tidak menjerit perkataaan "bom", perkataan "Ebola" yang dilaungkannya jelas membuatkan penumpang lain di dalam pesawat itu panik.
Pesawat berkenaan telah diasingkan setelah ia mendarat di Punta Cana dan telah diperiksa oleh sekumpulan pegawai kesihatan yang memaki sut hazmat yag kemudiannya membawa keluar lelaki berkenaan - SiakapKeli.com
0 comments:
Post a Comment