/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Thursday 2 October 2014

Aliff & Sharifah Nur Athirah Bertemu Jodoh Esok

KUALA LUMPUR, 2 OKT 2014: Anak tunggal Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Haji Aliff Omar Ali, 32 bakal dinikahkan dengan pasangannya Sharifah Nur Athirah Syed Azmi, 28, yang merupakan seorang doktor gigi, esok di Shah Alam.
Sementara itu majlis resepsi kedua-dua mempelai berkenaan akan diadakan pada keesokan harinya (Sabtu) di Pusat Konvensyen Shah Alam yang akan dihadiri keluarga kedua-dua belah mempelai dan rakan terdekat.
Menerusi informasi yang diberikan , majlis berkenaan pastinya akan menjadi cukup bermakna kerana akan turut dihadiri ramai rakan terdekat Allahyarham Datuk Sharifah Aini dalam meraikan hari bahagia berkenaan.
Malah khabarnya, idea untuk mengadakan majlis di pusat konvensyen berkenaan adalah permintaan daripada keluarga sebelah pihak perempuan, bagaimanapun telah dipersetujui oleh keluarga bakal pengantin lelaki.
Aliff Omar Ali baru saja pulang dari Madinah sebaik saja acara pengebumian Allahyarham dan dikhabarkan akan berada di tanah air selama sebulan bagi menguruskan urusan perkahwinannya dengan gadis impiannya itu.
Kedua-dua pasangan telahpun ditunangkan pada 23 Ogos lalu selepas mereka berkenalan kira-kira dua tahun lalu iaitu selepas diperkenalkan oleh keluarga masing-masing dalam sebuah majlis.
Selamat pengantin baru..
no image
  • Title : Aliff & Sharifah Nur Athirah Bertemu Jodoh Esok
  • Posted by :
  • Date : 17:37
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top