/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Friday, 26 September 2014

Zain DiBilik Bersalin Bersama Che Ta

Di saat Rozita Che Wan sedang menghitung hari untuk melahirkan bayi perempuan, suaminya Zain Saidin mengakui pelbagai perasaan mula bermain di dalam dirinya.

 Malah, dalam pertemuan dengannya ketika rakaman program Cak Cak arahan Michael Ang yang diadakan baru-baru ini dan majlis melenggang perut isterinya itu di RD Binjai 8, Zain sambil berseloroh berkata, beliau seakan bermimpi untuk melalui semua ini.

ROZITA Che Wan sedang menghitung hari untuk melahirkan bayi perempuan

"Dalam hati berdetik, betul atau tidak semua ini. Saya dapat rasakan macam dekat saja saat nak bergelar bapa itu, tapi tak sampai lagi sebenarnya.


"Cuma tak sangka sekejap saja, bakal anak sulung saya akan bertemu dengan dunia," katanya.
Malah ketika ini, Zain menjelaskan perasaan berdebar itu kian menghantui dirinya.
Zain juga sudah membayangkan dirinya yang akan menemani Rozita di bilik bersalin memberi semangat dan sokongan.
"Dia (Rozita) mungkin tak rasa berdebar sangat kerana ini bukan anak pertama yang dilahirkannya. Tapi siapa tahu selepas 16 tahun tak mengandung, mungkin dia pun ada rasa berdebar.
"Ramai juga yang suruh saya merasai pengalaman tengok anak dilahirkan. Pengalaman sulung ini pastinya berharga. Jadi saya tak mahu melepaskannya. Saat ini pun tak ada kawan atau dari sebelah keluarga saya yang berkongsi 'tips' untuk bakal bapa.
"Kalau ada pun lebih banyak bersifat 'tekanan' contohnya kena tukar lampin bayi dan berjaga malam.
"Saya yakin yang cakap semua ini sebab mereka pernah laluinya. Insya-Allah saya akan lalui semua ini dengan sebaik mungkin. Anak ini amanah Tuhan," katanya.
Sebagai bapa, Zain mahu memberikan yang terbaik untuk bakal anaknya. Ketika ini juga Zain kerap ke gim untuk terus membina badan menjadi tegap dan sasa. Sasarannya ialah mahu menjadi 'daddy fit'.
"Kami tak mengharapkan dikurniakan anak yang ramai. Macam perkahwinan Rozita terdahulu pun dia ada dua anak.

"Rozita sendiri cakap, biar anak tak ramai tapi diharap menjadi anak yang berguna dan bijak pada masa depan," kata pelakon Oh My English! itu.
Sementara itu, Rozita memberitahu selepas 16 tahun tidak melahirkan anak, perasaan berdebar itu tetap ada.
"Dulu saya mengandung di usia 20-an, sekarang 40-an. Jadi banyak bezanya itu. Insya-Allah saya mengharapkan semua berjalan dengan lancar nanti," katanya ringkas menggayakan baju Qudyn pada rakaman majlis melenggang perut itu.
Rancangan Pureen Cak Cak Rozita Che Wan dan Zain Saidin diarahkan Michael Ang dan Adlin Aman Ramli. Ia memaparkan perjalanan Rozita dan Zain dari fasa wanita itu mengandung hingga kembali bekerja.

Zain DiBilik Bersalin Bersama Che Ta
  • Title : Zain DiBilik Bersalin Bersama Che Ta
  • Posted by :
  • Date : 09:46
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top