Di saat para pemimpin dan orang-orang kenamaan antarabangsa sedang memberi penghormatan terakhir kepada salah seorang pengasas negara Yahudi itu, penduduk utara Galilee melaporkan kepada Ynetnews.com bahawa gegaran itu mulai dapat dirasai sekitar waktu tengah hari.
Berita mengenai gempa bumi itu telah disahkan oleh Institut Geofizik Israel.
Masya’Allah… apakah itu petanda bumi tidak menerima Ariel Sharon dan bayangkan azab yang menanti pemimpin Yahudi lakhnatullah berkenaan.
” SAYA bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…” Itulah antara baris ayat Ariel Sharon.
Namun di hari pengebumiannya, bumi bergegar … .
Pemimpin Yahudi yang digelar sebagai ‘Penyembelih Beirut’ itu koma selepas diserang strok dan pendarahan otak pada 4 Januari 2006 semasa berkempen untuk partinya menjelang pilihan raya umum di Israel.
Sharon yang merupakan seorang bekas jeneral menjadi Perdana Menteri Israel dari tahun 2001 hingga 2006 terkenal kerana kekejamannya yang dikutuk oleh masyarakat antarabangsa berhubung pembunuhan beramai-ramai orang Islam di Beirut, Lebanon.
Pada tahun 1982, Sharon yang menjadi Menteri Pertahanan Israel ketika itu mengarahkan beberapa kumpulan militia Kristian Lebanon untuk membunuh pelarian Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila di Beirut.
Ketika itu, tentera Israel menceroboh sebahagian Lebanon untuk mengusir pejuang Pertubuhan Pembebasan Palestin.
Menurut beberapa sumber Palestin, antara 3,000 hingga 3,500 orang termasuk wanita mengandung, bayi dan kanak-kanak dibunuh kejam dalam pembunuhan beramai-ramai tersebut.
Beribu-ribu pelarian turut diseksa dan dirogol dalam kekejaman tersebut yang berlaku selama tiga hari pada 16 September 1986
Keadaan Ariel Sharon Sebelum Mati :
- Tubuh Ariel Sharon terbaring lesu di atas katil tanpa sebarang pergerakan. Walaupun Ariel Sharon masih lagi bernafas, tetapi keadaan dirinya tidak ubah seperti mayat hidup
- Berat badan Ariel Sharon menyusut teruk dan hanya tinggal 15 kilogram sahaja berbanding dahulu yang mempunyai tubuh badan gempal.
- Ariel Sharon mengalami penyumbatan di bahagian otak yang menyebabkan lumpuh seluruh badan dan akhirnya koma.
- Keadaannya semakin serius memandangkan badannya kian mereput dan membusuk akibat jangkitan kuman walaupun masih bernyawa.
- Dia kemudian dipindahkan ke Chaim Sherba Medical Center.
- Bahagian ususnya yang membusuk dan merebak ke seluruh bahagian lain sehingga mereka terpaksa memotong bahagian-bahagian yang mereput untuk mengelakkannya menjadi semakin parah.
- Ariel Sharon sudah jadi umpama mumia firaun atau mumia hidup. Hidup terpenjara dalam jasad yang sudah membusuk!
0 comments:
Post a Comment