/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Sunday, 28 September 2014

Penangan Nama Muhammad Diseluruh Dunia

PORTAL berita antarabangsa, Daily Mail pada 25 September lalu melaporkan nama Mohamed tersenarai sebagai nama paling popular bagi bayi lelaki yang dilahirkan di Israel pada tahun ini. 

Bagaimanapun, Lembaga Populasi dan Imigresen Israel cuba menyembunyikan perkara itu daripada senarai rasmi mereka.

                       Nama bayi paling popular di England dan Wales



Perkara itu didedahkan agensi tersebut pada minggu ini, selepas senarai nama 10 kanak-kanak lelaki dan perempuan paling popular yang dilahirkan di Israel dikeluarkan.
Menurut laporan portal berita itu, ia tidak memasukkan nama bayi Arab dalam senarai tersebut, termasuk Mohamed yang sepatutnya berada di tangga teratas senarai nama kanak-kanak lelaki dan Ahmed yang sepatutnya di tempat kesembilan.
Pihak berkuasa itu sebaliknya mendakwa nama paling popular untuk bayi di negara itu dalam tempoh 12 bulan lalu adalah Yosef, Daniel, Uri, Itai, Omer, Adam, Noam, Ariel, Eitan dan David.
Agensi itu pada masa yang sama menyenaraikan nama Tamar sebagai nama kanak-kanak perempuan paling popular, sekali gus mengenepikan nama Noa di tempat kedua selepas menduduki tangga teratas selama 14 tahun berturut-turut.
Nama popular lain bagi kanak-kanak perempuan Israel ialah Shira, Adele, Talya, Yael, Lian, Miriam, Maya dan Avigayil. Lian, Miriam (Maryam) dan Maya yang digunakan bukan sahaja oleh orang Yahudi tetapi juga orang Arab.
Paling popular
Populariti nama Mohamed bukan sahaja digunakan secara meluas di Israel, malah ia juga merupakan nama kanak-kanak lelaki paling popular di Britain pada tahun 2013.
Jika dilihat pada statistik rasmi yang dikeluarkan Jabatan Statistik Kebangsaan (ONS), nama Muhammad mungkin tidak tersenarai dalam data sebagai 10 nama paling popular.
Ini kerana, ia dikategorikan secara berbeza mengikut ejaan nama tersebut. Variasi ejaan untuk nama itu termasuk Muhammad, Mohammed dan Mohammad.
Berdasarkan kategori, nama Muhammad menduduki tempat ke-15 dengan jumlah 3,449 orang kanak-kanak diikuti rapat oleh Mohammed di tempat ke-27 dengan 2,887 dan Mohammad di tangga ke-57 dengan 1,057 orang.
Bagaimanapun, jumlah ketiga-tiga nama itu menjadikan total keseluruhan kanak-kanak dengan nama Muhammad adalah seramai 7,445 orang.
Jumlah itu jauh lebih tinggi daripada nama Oliver dengan 6,949 orang. Nama Oliver disenaraikan secara rasmi sebagai nama paling popular di Britain.
Nama Muhammad paling banyak digunakan di London dan West Midlands, manakala Oliver lebih banyak digunakan di South East, South West dan Wales.
Sementara itu, pada tahun 2012, nama Muhammad berada di tempat ke-19, diikuti Mohammed (ke-26) dan Mohammad (ke-60), namun secara keseluruhannya nama Muhammad digunakan sebanyak 7,139 kali dan ia hanya ketinggalan 29 kali di belakang nama Harry yang berada di tempat teratas.
PASANGAN suami isteri yang dikurniakan cahaya mata bertanggungjawab memberikan nama yang baik untuk anak mereka.


Yang terpuji
Menurut jurucakap Dewan Muslim Britain, Murtaza Shibli, dia tidak terkejut apabila mendapat tahu nama Muhammad menjadi nama paling popular bagi kanak-kanak lelaki di negara itu.
Katanya, hampir 3 juta rakyat di Britain menganut agama Islam dan mereka cenderung menamakan anak lelaki sempena nama Nabi Muhammad.
"Orang ramai memilih nama ini bagi melahirkan rasa cinta terhadap Nabi Muhammad selain percaya nama tersebut akan membawa rahmat dan kebahagiaan dalam hidup anak-anak mereka.


"Selain itu, nama Muhammad yang membawa maksud yang terpuji menjadikan ia sangat popular dalam kalangan penduduk Islam di sini," katanya seperti dipetik portal The Telegraph.

 Pada tahun 2002, nama Muhammad merupakan nama kanak-kanak lelaki ke-61 paling popular di Britain. Dalam tahun itu juga, jumlah penduduk Islam di negara itu bertambah sebanyak dua kali ganda daripada jumlah sedia ada.

 Menurut portal berkenaan, pakar percaya, lebih 15 juta penduduk dunia menggunakan nama Muhammad sekali gus menjadikan ia nama lelaki paling banyak digunakan di seluruh dunia. 

Pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Lutfi Abdul Wahab al-Linggi berkata, pasangan suami isteri yang dikurniakan cahaya mata bertanggungjawab memberikan nama yang baik untuk anak mereka.

 "Ini kerana, di akhirat kelak, Allah S.W.T. akan memanggil atau menyeru hamba-Nya dengan nama yang telah diberikan oleh kedua-dua ibu bapa mereka sewaktu di dunia," jelas Ahmad Lutfi.

 Justeru, amat penting buat ibu bapa memilih nama yang membawa makna baik agar anak-anak tidak menanggung akibat di hari kemudian.

 "Sebaiknya jika mahu memberi nama anak lelaki, letakkan Muhammad di pangkalnya bagi mendapat keberkatan nama yang penuh kemuliaan itu," ujarnya.
no image
  • Title : Penangan Nama Muhammad Diseluruh Dunia
  • Posted by :
  • Date : 05:38
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top