/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Sunday, 28 September 2014

Jali Gay Dah Mula Kemaruk

Kuala Terengganu: Lazimnya ayam betina bertelur dan mengeram selama 21 hari sebelum telur menetas, tetapi lain pula yang berlaku di Kampung Bukit Tumbuh, di sini, apabila seekor ayam jantan berkelakuan pelik kerana mengeram telur.
Jamsyaril Sawal Aziz, 30, berkata, ibu bapanya menternak ayam kampung sejak dia masih kecil, tetapi belum pernah berlaku kejadian pelik seperti itu.

“Macam cerita jenaka dan tidak masuk akal, tetapi itulah hakikat. Saya sendiri terkejut dan tidak pernah melihat kejadian seperti ini.
“Ramai rakan dan penternak ayam tidak percaya dan terkejut apabila datang ke rumah menyaksikan sendiri ayam jantan itu mengeram,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, usia ayam jantan dipanggil Jali itu sekitar dua tahun dan dipelihara sejak setahun lalu selepas dibeli daripada seorang kenalan di Marang.

“Jali bukan saja mengeram, tetapi turut mengikut keletah ayam betina yang sedang mengeram seperti mematuk sesiapa saja yang mengganggunya.
ALI mengeram telur di Kampung Bukit Tumbuh.
“Sudah hampir dua minggu Jali mengeram. Pada mulanya cuma lima telur, tetapi memandangkan ramai penduduk datang melihat keletahnya, Jali terganggu menyebabkan empat telur pecah dan sekarang tinggal hanya satu,” katanya.

Menurutnya, dia menyedari keletah Jali itu apabila ayam betina yang sepatutnya mengeram di situ tidak lagi memasuki reban kerana diganggu haiwan itu yang kemaruk untuk mengeram.
“Malah, perbuatan Jali mengeram sudah heboh diceritakan di laman sosial Facebook dan blog penternakan ayam,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penternak Negeri Terengganu Hamid Salleh berkata, kejadian ayam jantan mengeram memang jarang berlaku dan jika berlaku, ia mungkin didorong faktor usia ayam yang terlalu tua serta nyanyuk.

“Walaupun ayam jantan itu mengeram telur seperti ayam betina namun telur berkenaan tidak akan menetas dan ia akan rosak begitu saja,” katanya.

no image
  • Title : Jali Gay Dah Mula Kemaruk
  • Posted by :
  • Date : 06:45
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top