/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Wednesday, 27 August 2014

Kisah Seorang Pemuda Syria Yang Perahsia Di Bumi Malaysia

"Assalamualaikum Warahmatullah.

Dalam keghairahan kita membicarakan kemelut MB Selangor dan sebagainya, saya mohon seminit dua untuk kita hayati bersama tentang kisah ini. 

Kisah ketabahan seorang pemuda yang bermusafir untuk menuntut ilmu di bumi bertuah ini.  Walaubagaimanapun nama dan tempat saya tidak dapat nyatakan secara terus kerana pemuda ini agak banyak berahsia. 

Mungkin beliau tidak mahu kisahnya diketahui orang lain. Pemuda ini berasal dari Syria. Datang ke Malaysia untuk menyambung pengajian atas permintaan ayahnya  bila keadaan di sana tidak menjamin keselamatan.  

Saya mula mengenali pemuda ini sewaktu selesai solat subuh di sebuah masjid dalam daerah Sepang. Perwatakannya agak ceria namun disebalik keceriaanya tersimpan seribu kedukaan. 
Tidak seperti sebahagian  pemuda arab yang lain, beliau tidak suka melepak dikedai makan. Hujung minggu dihabiskan masa untuk belajar kitab hadis di sebuah university di Gombak dan kegiatan amal. 

Saya pernah mengujinya tentang hiburan dan kecenderungan remaja berkaitan couple. Saya bertanya adakah kamu minat dengan gadis-gadis Malaysia atau ingin kahwin dengan gadis di Malaysia. Dia ketawa seraya menerangkan kepada saya bahawa beliau tidak  fikirkan soal itu. Apa yang utama adalah, beliau ingin menghabiskan pengajiannya di sini . 

Apa yang menarik tentang pemuda ini, bila saya memberitahu beliau tentang beberapa rancangan yang saya ingin lakukan, beliau lantas bertanya adakah saya telah membuat solat istikharah dan solat hajat?

Suatu hari beliau memberitahu saya, ayahnya ada menelefon beliau dari Syria. Ayahnya bertanyakan beliau, bagaimana kehidupan disini dan berapa kali beliau makan sehari. Beliau lantas memberitahu ayahnya, kehidupan beliau Alhamdulillah. 

Beliau bertanya ayahnya, mengapa soal makan yang dititip beratkan. Mengapa ayah tidak bertanyakan soal iman anaknya ini. Beliau lantas meminta ayahnya mendoakan agar imannya sentiasa terpelihara.

Saya ada beberapa kali mengajak beliau keluar minum. Saya mempelawa beliau makan. Dengan lembut beliau menolak kerana beliau sudah makan malam. 

Katanya beliau hanya makan sekali sehari atau paling banyak dua kali sehari. Katanya kos disini terlalu tinngi. 

Perbelanjaan Seminngu di Malaysia cukup untuk menampung perbelanjaan sebulan keluarganya di Syria. Kehabisan wang sudah menjadi lumrah bagi beliau namun beliau tidak suka meminta-minta. 

Dalam hati saya terfikir, bagaimanakah kita yang berada di sini tidur dalam kekenyangan bahkan sering membazir rezki yang Allah berikan.

Beliau pernah terpaksa tangguhkan pengajian kerana tidak cukup duit untuk membayar yuran serta menampung perbelanjaan yang lain. Saya pernah cuba membantu beliau mencari penaja untuk beliau terus belajar. 

Tapi hingga kini nasib tidak menyebelahi beliau. 28 Sep 14 ini , beliau akan pulang ke Syria. Dia ada meminta untuk meminjam duit dari saya. inilah kali pertama beliau berbuat demikian setelah saya mengenalinya beberapa tahun ini.  

 Dari raut wajahnya terlihat rasa malu yang agak menebal.  Saya yakin, beliau sememangnya tidak sanggup namun keadaan yang memaksa. Sebenarnya banyak perkara yang ingin saya ceritakan tentang suka duka rakyat Syria dalam menghadapi peperangan yang berlaku ini.

 Bagaimana penderitaan mereka dan apa yang terpaksa mereka lakukan untuk terus hidup.  Namun, disebabkan kekangan masa dan binaan ayat saya yang tidak teratur maka saya terpaksa tangguhkan dahulu.

Apapun, dikesempatan ini saya ingin mengajak kita semua,  kiranya ada sesiapa yang ingin menyumbangkan derma untuk beliau atau saudara kita yang lain di bumi di Syria bolehlah berbuat demikian melalui akaun bank beliau bernombor 7016281044  (NOUREDDIN)


Mungkin sumbangan kita agak kecil namun disisi orang yang amat memerlukan, ianya sangat tinggi nilainya. Mudah mudahan apa yang kita sumbangkan itu menjadi asbab penghapusan dosa kita di akhirat nanti. 

 Wassalam
dr.zainal
no image
  • Title : Kisah Seorang Pemuda Syria Yang Perahsia Di Bumi Malaysia
  • Posted by :
  • Date : 10:41
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top