U-Kiss bergambar bersama Backstreet Boys.
Kumpulan KPop sensasi U-Kiss (Ubiquitous Korean International Idol Super Star) tidak menyangka dapat bertemu dengan kumpulan idola mereka, Backstreet Boys. Tidak dirancang, tetapi pertemuan tak disangka ini berlaku pada sidang media sempena konsert Twin Tower @live (TT@live 2013) yang diadakan di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, semalam.
Pada mulanya, pengacara Serena C sekadar memberitahu U-Kiss yang konsert dimana mereka akan membuat persembahan, akan turut menampilkan kumpulan Backstreet Boys. Kemudian Serena bertanyakan sama ada mereka meminati kumpulan yang popular dengan lagu As Long As You Love itu atau tidak? Lantas rappernya, Eli menyahut,
"Ya, kami memang peminat BSB. Tapi kami belum lagi berjumpa atau terserempak dengan mereka di sini. Kami dengar yang mereka juga akan membuat persembahan di konsert yang sama, bukan? Tapi kami diberitahu mereka akan membuat persembahan pada esok malam (Sabtu). Sayangnya terlepas lah peluang kami untuk menyaksikan persembahan mereka sebab kami perlu pulang segera sebaik selesai persembahan nanti", katanya.
Kemudian Serena C terus berkata, BSB sudah ada di belakang pentas dan menanti giliran untuk ditemubual oleh pihak media, lantas Kevin mencelah, "Iya ker? Mereka sudah ada di sini?", ujarnya dengan reaksi teruja sambil rakan lain turut terkejut dan riak wajah mereka jelas kelihatan sangat gembira.
Tidak beberapa lama kemudian, kegembiraan U-Kiss bertambah apabila mereka dipanggil semula kembali ke pentas untuk bergambar dengan BSB.
Tak ubah seperti peminat fanatik berjumpa dengan idola mereka, itu yang dapat digambarkan tatkala melihat Soohyun, Eli, Kevin, Dongho, Kiseop, Hoon dan AJ menegur sapa dan bersalaman dengan AJ, Kevin, Brian, Nick dan Howie D. Lalu mereka bergambar bersama dan turut disertai, bintang Disney, Demi Lovato.
Ubat Rindu Peminat
Sementara itu sewaktu di konsert TT@live2013 malam tadi, U-Kiss menghiburkan Kissme (gelaran untuk peminat), selama setengah jam sekaligus mengubat kerinduan peminat sejak kali terakhir mereka menjejakkan kaki ke sini,, dua tahu lalu sewaktu mrejayakan Hari Belia Negara, di Putrajaya. Ini merupakan kali kelima U-Kiss membuat persembahan di sini.
Tampil dengan aksi gerak tari penuh bertenaga dan vokal yang mantap, jam 9.15 malam U-Kiss memulakan persembahannya dengan lagu Neverland. Kemudian disusuli single Standing Still petikan album baru mereka yang berjudul Collage. Kevin sempat berpesan kepada peminat supaya jangan lupa mendapatkan album terbaru mereka itu.
Seterusnya persembahan bersambung dengan lagu 0330, Someday, Believe dan lagu dari album terdahulu, Ma Man Hani. Sebelum beredar, U-Kiss berjanji yang mereka akan kembali semula ke Malaysia untuk mengadakan konsert solo mereka pula, pada masa akan datang.
- Kredit foto-foto: Cipotredz
- mD
0 comments:
Post a Comment