/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Friday, 17 October 2014

Zaiton Sameon Pulih Dari Sakit Selalu Meracau Selepas Berubat Sedut Makrifat

Zaiton Sameon (kiri) bersama Haji Din semasa sesi perubatan sedut makrifat di Sepang baru-baru ini.

Penyanyi kontroversi yang pernah terkenal dengan lagu Menaruh Harapan, Zaiton Sameon yang sebelum ini sering meracau kini semakin pulih.
Fikirannya yang kacau dan kakinya yang sakit akibat kemalangan jalan raya yang meragut anaknya juga semakin stabil.
Baru-baru ini, Zaiton menerima rawatan tradisional sedut makrifat secara Islam daripada pengamal perubatan yang dikenali Haji Din di Sepang, Selangor.
Zaiton datang berama rakannya yang dikenali sebagai Datuk Shah untuk berubat dengan Haji Din.
"Alhamdulillah, baru selesai merawat Zaiton. Dengan izin Allah, selepas dirawat dengan kaedah kebatinan sedut makrifat ingatan beliau yang sering kacau dan susah untuk mengingati kisah silam akibat kemalangan pada awal tahun 1990 semakin pulih.
"Zaiton kini sudah dapat kembali mengingati kisah2 silamnya, percakapannya juga semakin lancar," ujarnya menerusi laman sosialnya hari ini.
Menurut Haji Din, dengan izin Allah, kaki beliau yang tercedera parah bahagian lututnya semasa kemalangan yang mengakibatkan beliau agak sukar berjalan kini semakin pulih dan langkah beliau kini lebih teratur.
"Wajah beliau yang pucat sebelum rawatan kini sudah kembali berseri dan semakin menampakkan keayuannya walaupun telah dimamah usia," katanya.
Menurut Haji Din, Zaiton gembira dan tidak hentinya mengucapkan syukur kepada Allah atas ikhtiar yang dilakukannya.
"Alhamdulillah semoga Allah kembalikan kesihatan Zaiton Sameon seperti sediakala agar beliau aktif kembali dalam dunia seni dan menghiburkan kita semula hendaknya," ujarnya.
no image
  • Title : Zaiton Sameon Pulih Dari Sakit Selalu Meracau Selepas Berubat Sedut Makrifat
  • Posted by :
  • Date : 15:06
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top