KUALA LUMPUR - Satu ‘screenshot‘ Whatsapp telah tersebar meluas di laman sosial membabitkan perbualan beberapa orang pemimpin pelajar Universiti Malaya (UM) dalam satu perbincangan tertutup mengenai penganjuran program Pidato Umum Ketua Pembangkang di Dataran Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya.
Berdasarkan perbincangan berkenaan, Presiden Persatuan Mahasiswa UM, Fahmi Zainol didakwa mengatakan bersedia untuk merempuh masuk sekiranya dihalang memasuki kawasan kampus UM.
Seorang mahasiswa Haikal Arafat berkata, hal tersebut membuktikan terdapat perancangan pihak penganjur untuk mencetuskan kekecohan dan ketegangan bagi memastikan program haram tersebut berlangsung.
Menurutnya, walaupun pihak pentadbiran UM telah mengeluarkan kenyataan bahawa program tersebut tidak mendapat kebenaran tetapi Fahmi dan kumpulannya tetap berdegil.
“Oleh itu, pihak pentadbiran UM perlu bertindak segera bagi memastikan kegiatan radikal seperti ini tidak berlaku di dalam UM.
“Sekiranya tiada tindakan tegas terhadap Fahmi dan rakan-rakannya, maka dikhuatiri masyarakat umum akan melihat pentadbiran UM seperti rela kampus tersebut dijadikan tempat membiaknya virus radikal dalam kalangan anak muda,” katanya dalam satu kenyataan menerusi, lapor The Rakyat Post.
0 comments:
Post a Comment