/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Sunday 5 October 2014

Ustaz Azhar Cerita Kisahnya Di Ganggu Makhluk Halus Di Cherating

Kisah benar. Semasa Ustaz Azhar Idrus menyampaikan kuliah agamanya, beliau menceritakan kisahnya diganggu Makhluk Halus di sebuah Hotel di Cherating, Pahang.. 

Jom lihat video ceramah tersebut dan baca kisahnya dibawah.. Mungkin ada ralat pada sesiapa yang tidak faham bahasa Terengganu maka ada sedikit terjemahan kisah yang ditulis dibawah 





Hari itu saya mengajar di Kemaman dengan Kuantan, Petang di Kemaman, Malam di Kuantan untuk Kuliah Maghrib. Jadi saya minta tidur bermalam di Cherating, di tengah-tengah Antara dua tempat itu. 

Jadi kawan saya ni jahat gak. Dia bagi hotel di bukit tempat “gangguan”. Padahal di Cherating tu ada 10 hotel tapi di bagi tempat yang ada “gangguan”. Saya dah tengok penghuni hotel itu yang ada orang putih saja. Bangsa Melayu dengan Cina tiada biasanya Cina ramai.. 

Saya duduk atas katil sambil tunggu azan maghrib, tiba-tiba “Dia” tutup api. Bila saya bangunan “Dia”buka pula.. Main-main pula “Dia”. Hotel itu ada dua tingkat. Aras bawah saya seorang duduk aras atas ada dua bilik orang duduk. Dalam 7 ke 8 kali “Dia” ganggu main apai. Sekejap cerah sekejap gelap. Masa saya tengah mandi tengah sabun muka “Dia” tutup api. Saya raba-raba untuk buka paip air. Lepas habis lap-lap badan “Dia” buka pula api. 

Lepas itu saya tanya pekerja hotel dia cakap sini ’keras’ sikit. Sini orang Cina tidak duduk sebab gangguan kuat. 

Lepas itu, malam saya buka api tengok bawah katil almari. Takut dia mari.. Haha.. Malam itu saya main angry bird..
hehe..lawak gak citer dia.. 
Ustaz Azhar Cerita Kisahnya Di Ganggu Makhluk Halus Di Cherating
  • Title : Ustaz Azhar Cerita Kisahnya Di Ganggu Makhluk Halus Di Cherating
  • Posted by :
  • Date : 12:40
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top