/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */
Tuesday 29, Apr 2025

Latest News

Sunday, 12 October 2014
Anonymous

Ribut:Jejantas Runtuh Di HIGHWAY Pasir Gudang,Johor

SEBUAH bumbung jejantas  di Lebuhraya Perling - Pasir Gudang berdekatan Taman Kobena, Pasir runtuh ketika hujan lebat melanda bandar raya Johor Bharu dan menimpa beberapa kenderaan sehingga mengakibatkan lima cedera.
Runtuhan menghempap kenderaan yang melalui kawasan berkenaan telah menyebabkan dua buah kereta, sebuah lori dan sebuah motorsikal rosak.

Balai Bomba Johor Bharu dalam kenyataannya berkata, seorang pemandu lori yang tersepit apabila kenderaannya dihempap runtuhan tersebut telah berjaya dikeluarkan dan mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan.

Runtuhan kira-kira pukul 4.30 petang itu dipercayai bermula daripada bahagian bumbung jejantas. 
"Ketika penyelamatan dilakukan, didapati seorang lelaki iaitu pemandu lori telah tersepit dan dikeluarkan oleh anggota bomba. Mangsa telah pun dihantar ke hospital menggunakan ambulan," menurut kenyataan bomba itu lagi.

Pihak bomba yang menerima panggilan tentang kejadian pada 4.38 petang tiba di lokasi pada 5.05 petang bersama sebuah jentera dan sembilan anggota


no image
  • Title : Ribut:Jejantas Runtuh Di HIGHWAY Pasir Gudang,Johor
  • Posted by :
  • Date : 19:30
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top