/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Tuesday, 21 October 2014

‘Protes Didalangi Orang Luar Mengarut’


Hong Kong – Pemimpin prodemokrasi Hong Kong semalam menafikan dakwaan ketua eksekutif Hong Kong bahawa perhimpunan besar-besaran di hab kewangan Asia itu didalangi “pihak luar.”

Leung Chun-ying membuat dakwaan itu dalam satu temubual disiarkan Ahad lalu, namun enggan mendedahkan pihak yang dimaksudkan.

“Penunjuk perasaan ini semakin tidak terkawal dan saya harap keadaan ini dapat diselesaikan secara baik serta aman.

“Saya tidak ingin bercakap banyak, namun ini bukanlah isu dalam negeri semata-mata,” katanya.

Pandangan itu turut disuarakan media rasmi China yang berulang kali mendakwa “kuasa anti-China” seperti Amerika Syarikat (AS) memanipulasi penunjuk perasaan, malah Beijing turut memberi amaran supaya pihak luar tidak mencampuri masalah dalamannya.

Kenyataannya itu dikutuk pemimpin prodemokrasi yang menegaskan pergerakan mereka semata-mata untuk menyuarakan tuntutan penduduk tempatan supaya diberi lebih banyak kebebasan diberi, selain menggambarkan rasa tidak puas hati terhadap jurang sosial yang semakin ketara.

Presiden Persekutuan Pelajar Hong Kong, Alex Chow menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan mencabar Leung menunjukkan bukti konkrit.

“Jelas dia cuma mahu semua pihak memandang kami sebagai alat pihak luar.

“Sebagai ketua eksekutif bandar raya ini yang bertanggungjawab kepada penduduknya, saya harap dia menyediakan bukti sewajarnya,” katanya.

Pemimpin pelajar Joshua Wong dengan sinis menulis di Facebooknya: “Pertalian saya dengan negara asing sekadar membabitkan telefon bimbit saya dari Korea, komputer dari AS dan Gundam Jepun (siri animasi robot). Dan sudah tentu semuanya buatan China.”

Beberapa lokasi utama di Hong Kong ditutup akibat perhimpunan dan sekatan jalan yang dibuat bagi menuntut pilihan raya bebas di wilayah separa autonomi China itu.

Keadaan ini dilihat antara tamparan paling hebat terhadap pentadbiran Beijing sejak protes prodemokrasi di Dataran Tiananmen pada 1989. – AFP
‘Protes Didalangi Orang Luar Mengarut’
  • Title : ‘Protes Didalangi Orang Luar Mengarut’
  • Posted by :
  • Date : 11:15
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top