/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Saturday, 18 October 2014

Penuntut politeknik diculik di Pasir Gudang berjaya lepaskan diri di Dungun

SEORANG penuntut perempuan Politeknik Sultan Ibrahim (PIS) Pasir Gudang telah diculik, namun mangsa berjaya melepaskan diri di Dungun, Terengganu.
Penuntut berkenaan dipercayai telah diculik malam semalam oleh beberapa lelaki yang menaiki lori bertutup di hadapan rumahnya.
Namun mangsa berjaya melarikan diri ketika lori itu berhenti mengisi minyak di Dungun pagi ini.
Difahamkan lori itu akan ditukar dengan sebuah kenderaan lain di Kuala Terengganu sebelum meneruskan perjalanan ke Thailand.
Namun apa yang lebih membimbangkan terdapatnya dakwaan bahawa turut sama berada di dalam lori yang menculik penuntut perempuan itu adalah tujuh kanak-kanak berketurunan Cina, India dan Melayu yang turut diculik di Johor Bahru.
Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) PIS, Abdul Razak Salim ketika mengesahkan penculikan pelajar berkenaan berkata, penuntut perempuan terbabit berasal dari Kuala Lumpur dan sedang berada di semester kelima jurusan Diploma Rekaan Fesyen.
"Memang benar salah seorang daripada penuntut perempuan kami telah diculik semalam. Saya akan ke Dungun, Terengganu malam ini, " katanya lewat petang ini.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt. Abdul Samad Salleh mengesahkan laporan polis berkenaan seorang penuntut wanita PIS Pasir Gudang dilarikan ke Dungun dan kini sedang melakukan siasatan.
Namun katanya, pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis tentang kehilangan mana-mana anggota keluarga mereka.
Beliau juga meminta sesiapa yang kehilangan anggota keluarga mereka supaya membuat laporan polis dengan segera. 
no image
  • Title : Penuntut politeknik diculik di Pasir Gudang berjaya lepaskan diri di Dungun
  • Posted by :
  • Date : 22:22
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top