/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Thursday 2 October 2014

Mi Cerita Detik Pak Andak Bunuh,Kerat Dan Bakar Mayat Intan

BUKIT MERTAJAM 1 Okt. - Kerana sayang, seorang wanita sanggup berkunjung ke rumah teman lelakinya di Kampung Tok Keramat, dekat Juru di sini, dua minggu sekali untuk menghantar makanan.

Namun kunjungan kelmarin, menjadi yang terakhir buat wanita tersebut yang hanya dikenali sebagai Intan apabila dia dipercayai dibunuh oleh kekasihnya berusia 43 tahun di rumah yang didiami lelaki itu bersama dua anak saudaranya.

Lebih menyedihkan, mayat wanita berusia lewat 20-an itu dipercayai turut dibakar dan ditanam berhampiran rumah yang terletak di hujung kampung berkenaan.

Menurut abang ipar lelaki itu yang hanya ingin dikenali sebagai Mi, Intan yang berasal dari Teluk Air Tawar dekat sini, kali terakhir datang ke rumah tersebut petang kelmarin sebelum berlaku pertengkaran dengan suspek yang merupakan seorang penagih dadah.

Katanya, suspek yang dipanggil Pak Andak oleh anak-anak saudaranya kemudian dipercayai membunuh Intan sebelum bertindak membakar dan menanam mayat tersebut pagi semalam.

"Anak saya yang tinggal di rumah itu bersama Pak Andak ada rasa curiga apabila ternampak Intan seperti tidak bergerak di ruang tamu rumah namun tidak bertanya lanjut ketika pulang dari kerja malam kejadian.

"Namun pagi semalam, isteri saya terjumpa longgokan pakaian yang dipenuhi kesan darah di hadapan pintu rumah dan apabila ditanya, Pak Andak segera membawa pakaian itu ke dalam bilik air dan dibasuh," katanya .

Tambah Mi, lebih mencurigakan, kira-kira pukul 10 pagi semalam, anaknya dan seorang jiran ternampak Pak Andak membawa cangkul keluar dari semak yang terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya dalam keadaan badan dipenuhi lumpur.

Selain itu, mereka juga ternampak kesan seperti terbakar dari kawasan semak berhampiran namun tidak bertanya lanjut sebelum Pak Andak melarikan diri menggunakan motosikal milik Intan, kira-kira pukul 2 petang.

Menurut Mi, isterinya yang sangsi dengan keadaan itu kemudian memeriksa longgokan tempat terbakar berkenaan sebelum menjumpai serpihan tulang dan rahang manusia dengan kesan terbakar di situ.

"Hasil pemeriksaan di dalam rumah pula menemukan kesan darah pada lantai di ruang tamu yang dibersihkan secara tergesa-gesa dan bau hanyir memenuhi rumah itu.

"Kami kemudian membuat laporan polis lewat petang semalam sebelum pasukan polis tiba dan membuat pemeriksaan di sekitar rumah ini sehingga pukul 2 pagi tadi dan operasi disambung hari ini," ujarnya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd. Noor berkata, suspek ditahan di Bandar Baharu dekat Kulim, Kedah, pukul 4.45 petang di rumah salah seorang ahli keluarganya.

"Suspek kemudian dibawa ke lokasi mayat ditanam. Kita telah jumpa keseluruhan mayat yang kemudian dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

"Polis percaya kes dapat diselesaikan dan suspek yang memiliki 12 rekod jenayah lampau akan dibawa ke Mahkamah Bukit Mertajam untuk direman," ujarnya.

no image
  • Title : Mi Cerita Detik Pak Andak Bunuh,Kerat Dan Bakar Mayat Intan
  • Posted by :
  • Date : 23:04
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top