/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Monday, 20 October 2014

Mesej Terakhir Mengenai MATI Dari Mangsa Rentung Super Bike di Karak

Kuala Lumpur :  Kemalangan yang membabitkan 3 buah motosikal berkuasa besar dan sebuah kereta di KM25 Lebuhraya Karak menghala ke KualaLumpur pagi tadi telah mengorbankan 2 nyawa penunggang manakala seorang lagi cedera parah.

Salah seorang mangsa kemalangan maut akibat rentung selepas motosikal berkuasa besar yang ditunggangnya terbakar.


Laporan mengatakan angkara sebuah lori merentang jalan, dua penunggang motosikal berkuasa tinggi terbunuh manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan 12 buah kenderaan di Kilometer 26.4 Lebuh Raya Karak berhampiran Plaza Tol Gombak dekat sini semalam.
Gambar Sebelum Konvoi Di Lebuhraya Karak 19 Oktober 2014(arwah berbaju putih merah)





Dalam kejadian pukul 11.40 pagi, Hazalli Khalid, 33, seorang jurutera syarikat telekomunikasi Instacom mati rentung apabila motosikal yang ditungganginya dan tiga buah motosikal rakannya terbakar.
Dua rakan Hazalli yang belum dikenal pasti identiti cedera parah. Seorang lagi rakan Hazalli dikatakan cedera ringan.
Seorang penunggang motosikal lain iaitu Md. Nizam Hanafiah, 47, turut maut apabila terperosok di bawah kereta Honda City yang cuba mengelak daripada terbabit dalam kemalangan itu.
Berita kemalangan ini mengejutkan dan mendapat perhatian kumpulan motosikal berkuasa besar yang lain termasuk rakan-rakan mangsa.



Bagaimanapun, status WhatsApp terakhir mangsa yang maut terbakar agak memilukan kerana menceritakan tentang kematian.



“Sakit dan mati itu pasti….bersedia dan redho ketentuan Ilahi”, begitulah yang tertera di status WhatsApp beliau yang telah dikirimkan kepada FeldaVoice oleh salah seorang sahabat mangsa. 



 Mesej Terakhir Mengenai MATI Dari Mangsa Rentung Super Bike di Karak
  • Title : Mesej Terakhir Mengenai MATI Dari Mangsa Rentung Super Bike di Karak
  • Posted by :
  • Date : 05:25
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top