/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Friday 3 October 2014

Lelaki Warga Emas Orang Asli Maut Dalam Kebakaran



Kuantan: Satu kebakaran telah berlaku melibatkan sebuah rumah pondok orang Asli di Kampung Buluh Nipis, Bukit Ibam berhampit Muadzam Shah, Rompin pada malam tadi telah meragut nyawa seorang penduduk di situ.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang Anuar Hassan, lelaki itu, Kong a/l Tongkak, berusia 75 tahun.

Menerusi Bernama, Anuar Hassan selaku Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang berkata lelaki bernama Kong anak lelaki Tongkak bersia 75 tahun.

“Pihak kami menerima maklumat kejadian itu kira-kira jam 11.55 malam tadi sebelum lima anggota dan pegawai dari Balai Bomba Muadzam Shah pergi ke lokasi kejadian.

“Mangsa ditemui mati oleh anggota Bomba semasa operasi memadamkan api dijalankan di dalam rumah itu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Bagaimanapun mayat lelaki tersebut telah dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk dibedah siasat. ─ Siakapkeli.com
Lelaki Warga Emas Orang Asli Maut Dalam Kebakaran
  • Title : Lelaki Warga Emas Orang Asli Maut Dalam Kebakaran
  • Posted by :
  • Date : 21:43
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top