KUALA LUMPUR, 12 Oktober:

Beberapa keping gambar seorang lelaki yang memakaikan pakaian baharu kepada gelandangan tersebar dan menjadi viral di laman Facebook.
Tindakan lelaki tua berkenaan mendapat pujian ramai yang menyifatkan dia mempunyai peribadi mulia.

Menurut maklumat daripada sebuah akaun milik Malaysians Against Racism di laman Facebook, gambar itu dirakam di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur dan ia dikirimkan oleh individu bernama Malek Hassan.

Seorang pengguna, Yinhan Phoon berterima kasih dengan tindakan sebegitu yang secara tidak langsung menggambarkan keperihatinan rakyat Malaysia.
“Malaysia kelihatan lebih cantik dengan tindakan seperti ini, terima kasih!” tulisnya.