/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Thursday 2 October 2014

Lagi Foto Terkini Murid Maut Jatuh Siling Dipercayai Dibuli

Kangar: Hanya kerana dipercayai mahu mengambil bekas pensel yang disembunyikan rakannya, seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, di sini, maut selepas terjatuh dari siling dewan sekolah, semalam.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Hakimi Zulkifli, 15, maut dalam keadaan mengerikan selepas kepala mangsa pecah kerana jatuh dalam keadaan tersembam dari ketinggian 12 meter.

Difahamkan, mangsa juga dipercayai cuba mengambil bola takraw yang tersangkut di siling dewan sebelum terjatuh ketika cuba mendapatkannya.

Mayat mangsa yang juga anak bongsu daripada empat beradik itu ditemui pekerja sekolah berkenaan, Azlan Rejab, 54, dalam keadaan tertiarap bersama bekas pensel yang tertulis namanya.


Sumber berkata, sebaik kejadian itu dimaklumkan kepada pihak sekolah, identiti mangsa gagal dicam berikutan keadaan muka mangsa yang pecah.

“Beberapa guru yang dipanggil gagal mengecam muka mangsa, namun bekas penselnya menjadi petunjuk kepada identitinya apabila tertulis namanya di dalam bekas berkenaan.

“Bekas pensel itu ditemui berada berdekatan dengan mayat mangsa yang ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam dewan yang dijadikan tempat solat warga sekolah berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurut sumber, polis sedang mendapatkan bukti kemungkinan mangsa dibuli berdasarkan petunjuk awal, namun masih mendapatkan maklumat lengkap berhubung kejadian itu.



Lagi Foto Terkini Murid Maut Jatuh Siling Dipercayai Dibuli
  • Title : Lagi Foto Terkini Murid Maut Jatuh Siling Dipercayai Dibuli
  • Posted by :
  • Date : 11:45
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top