Sebelum ini, tersebar gambar kononnnya guru dan pelajar sebuah sekolah makan katak. Namun ini cerita sebenar yang berlaku, mereka yang terlibat dengan program ini telah membuat penjelasan.
sebenarnya ia program demomstarsi ikhtiar hidup yg dijalankan oleh pasukan gerakan am (PGA) di sekolah. tiada sebarang program makan katak berlaku. Gambar tu sekadar pose dari guru itu
Takda sapa yg makan katak tu. Sekadar perkongsian ilmu survival
Assalamualaikum,
Saya Pn Atikah Ahmad ingin mohon maaf. berkenaan status "belum reda isu pegang anjing dah timbul isu makan katak pula". Dengan ini saya memohon maaf atas kesilapan yang berlaku dan saya juga mahu memohon maaf kepada individu yang terlibat.
Saya tiada berniat untuk menjatuhkan air muka sesiapa cuma terkejut melihat paparan gambar tersebut seolah-olah menunjukkan penyediaan juadah makan katak.
Saya terkejut dgn isu sebelum ni (berkenaan isu menyentuh anjing), dan selepas itu terpapar gambar seperti ini membuatkan saya terkejut. Dengan kekeliruan pihak saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua individu yang terlibat dalam paparan gambar.
Mohon maaf sekali lagi.
0 comments:
Post a Comment