/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Friday 3 October 2014

Kisah Menarik Pemuzik Jalanan Bersama Seekor Kucing



Cerita yang luar biasa persahabatan antara pemuzik jalanan dan seekor kucing. Pemuzik yang menetap di kota London ini sama sahaja seperti pemuzik jalanan yang lain.Menyanyi dan menghibur untuk mendapatkan wang namun keunikan pemuzik ini apabila dia turut membawa kucing kesayangannya untuk menemaninya sepanjang persembahan.



Ahli muzik yang bernama James ini, mempunyai hubungan mesra luar biasa bersama kucingnya yang bersama-sama James ketika membuat konsert jalanan. James memainkan gitar dan menyanyi di jalan, manakala Bob (kucing) duduk berhampiran ... dan mengiaww: D 


Lebih menarik lagi, pemuzik jalanan ini juga menulis sebuah buku yang menceritakan kisah-kisah beliau dan  haiwan kesayangan beliau. Pada awal buku ini, dia menulis bahawa dia tidak dapat membayangkan bagaimana pertemuan ini akan mengubah hidupnya. Persahabatan dengan kucing yang menyembuhkan beberapa trauma emosi. Dalam tempoh lima tahun yang lalu, Bob telah membantu memberi James kekuatan untuk menjauhi diri dari pengaruh dadah, membawa beliau untuk berusaha mendapatkan wang dan mengembalikan hidupnya ke landasan yang benar.- Dairishare







Nota BBA : Orang bukan Islam pun sayang dan layan binatang kesayangan Rasulullah ini,kita pula bagaimana?
Kisah Menarik Pemuzik Jalanan Bersama Seekor Kucing
  • Title : Kisah Menarik Pemuzik Jalanan Bersama Seekor Kucing
  • Posted by :
  • Date : 15:40
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top