KEPADA pengguna lebuhraya dari arah selatan menuju ke Kuala Lumpur di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), anda diminta berhati-hati apabila singgah di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban.
Bagaimanapun ingatan ini hanya ditujukan kepada kaum lelaki yang ingin menggunakan tandas di R&R itu.
Ini kerana terdapat seorang lelaki yang gemar mengambil gambar dari bawah pintu bilik air ketika pengguna sedang membuang air besar.
Peristiwa terbaharu berlaku semalam apabila seorang lelaki telah menjadi mangsa di dalam tandas R&R itu.
Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Amir memberitahu, dia ketika itu dalam perjalanan dari Melaka ke ibu kota dan tiba di R&R itu pukul 9.15 malam.
Dia mengambil keputusan untuk singgah kerana mahu membuang air besar selain melakukan solat jamak Maghrib dan Isyak.
“Bagaimanapun ketika membuang hajat, saya perasaan dua cahaya seperti cahaya kamera dari bawah pintu bilik air. Saya mula rasa tidak sedap hati walaupun beranggapan ia mungkin pantulan cahaya secara tiba-tiba.
“Namun dalam berapa saat kemudian, saya perasaan ada kamera kompak di bawah dan saya sempat menjerit dan menyimbah air. Tapi saya tidak sempat berbuat apa-apa untuk mengejar lelaki itu kerana perlu mengambil masa membersihkan diri dan memakai seluar,” katanya.
Sebaik keluar dari tandas, dia hanya hanya nampak seorang pekerja pembersih baru masuk.
Jelas Amir, ketika masuk ke tandas, dia hanya perasan seorang lelaki sedang membuang air kecil di mangkuk yang disediakan namun tidak perasaan wajah lelaki itu.
Justeru, lelaki yang tinggal di Kuala Lumpur meminta pihak PLUS melakukan sesuatu supaya kegiatan lelaki gila seks yang gemar mengambil gambar lelaki sedang membuang besar dapat dihentikan dan pelaku dapat ditangkap.
“Pada mula saya ingin membuat laporan polis namun memikirkan saya berada di lebuhraya, saya terpaksa padamkan niat itu.
“Lagi pun saya tahu lelaki itu adalah gila seks dan saya juga bukan orang terkenal,” katanya yang masih trauma dengan kejadian itu dan bimbang jika gambarnya itu tersebar di Internet kemudian hari.
0 comments:
Post a Comment