/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Saturday 4 October 2014

Kasihan...Anjing Hidup Jadi batu Bila Terjatuh Dalam Minyak Tar Yang Panas

Rajasthan – Malang bagi anjing ini apabila ia terjatuh ke dalam tar yang panas sebelum tar itu mengeras, menjadikan anjing terbabit keras seperti batu. 

Mujurlah orang ramai yang melalui jalan berkenaan di Udaipur, telah menghubungi pasukan menyelamat. 

Disebabkan tar tersebut telah menjadi keras, anjing berkenaan juga tidak mampu bergerak dan hanya terbaring. 

Hanya matanya yang berkelip-kelip, menambahkan simpati orang ramai yang menyaksikan binatang tersebut. 

Pasukan penyelamat terpaksa bekerja keras selama dua hari tanpa mengenal erti penat bagi membuang tar yang mengeras di badan anjing tersebut dan ia terpaksa dilakukan secara berhati-hati. 

Kerja menyelamat itu dijalankan badan bukan kerajaan (NGO) Animal Aid Unlimited yang menggunakan minyak untuk melembutkan tar tersebut dan menariknya perlahan-lahan apabila ia merekah. 

Namun ia bukannya satu usaha yang mudah. 

Selepas dua hari, tar itu berjaya dikeluarkan dan anjing berkenaan mampu bergerak bebas . Animal Aid merupakan NGO yang memberikan perkhidmatan sukarelawan untuk merawat binatang yang terbiar di jalanan. 

Setiap tahun, beribu-ribu binatang yang cedera dan sakit diberikan rawatan dan disediakan pusat perlindungan.

Kasihan...Anjing Hidup Jadi batu Bila Terjatuh Dalam Minyak Tar Yang Panas
  • Title : Kasihan...Anjing Hidup Jadi batu Bila Terjatuh Dalam Minyak Tar Yang Panas
  • Posted by :
  • Date : 21:44
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top