/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */
Thursday 17, Apr 2025

Latest News

    Saturday, 11 October 2014
    Anonymous

    Kaitan Terhebat Minyak Dan Cendol Drive Thru

    Menarik juga untuk dikongsi  tentang gambar yang dikirimkan oleh seorang yang mahu dikenali sebagai Rashid dari Kuala Selangor.
     
    Ketika rakyat mengeluh kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen seliter, tiba-tiba pemilik Cendol Bakar yang mempunyai banyak cawangan ini mengambil keputusan mengurangkan harga cendol sebanyak 20 sen daripada RM2 kepada RM1.80 sehingga 30 Oktober 2014.
     
    Walaupun dilihat sebagai satu promosi untuk memperkenalkan Cendol Bakar, usaha yang diambil oleh pemilik perniagaan ini masih boleh dianggap terpuji.
     
    Paling menarik, banner yang digantung di hadapan gerai turut meminta para peniaga lain agar tidak menaikkan harga barang berikutan kenaikan harga minyak.
    Kata Rashid, alasan menaikkan harga barang disebabkan kenaikan harga minyak sebenarnya tidak munasabah kerana keuntungan daripada perniagaan yang dilakukan tetap ada biarpun sedikit.
     
    "Jangan ambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan berlipat ganda hanya kerana harga minyak naik 20 sen. 
     
    "Saya harap, pihak di Kementerian Hal Ehwal Pengguna dapat membuat pemantauan dan memastikan harga barang kekal pada harga asal untuk mengelak rakyat daripada menangggung bebanan kos hidup," katanya. - 
    no image
    • Title : Kaitan Terhebat Minyak Dan Cendol Drive Thru
    • Posted by :
    • Date : 18:01
    • Labels :
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Top