Heboh di media sosial beberapa keping gambar yang mana dalam gambar tersebut kelihatan sekumpulan murid dan seorang guru sedang menyajikan makan yang menjijikkan iaitu KATAK.
Namun hari ini melalui satu page di facebook pihak yang terlibat tampil menjelaskan kisah sebenar di sebalik gambar makan KATAK terbabit.
Assalamualaikum admin sstv.. mohon jasa baik admin untuk remove pasal makan katak tu.. sebenarnya ia program demomstarsi ikhtiar hidup yg dijalankan oleh pasukan gerakan am (PGA) di sekolah. tiada sebarang program makan katak berlaku. Gambar tu sekadar pose dari guru itu.
Takda sapa yg makan katak tu. Sekadar perkongsian ilmu survival
Assalamualaikum,
Saya Pn Atikah Ahmad ingin mohon maaf. berkenaan status "belum reda isu pegang anjing dah timbul isu makan katak pula". Dengan ini saya memohon maaf atas kesilapan yang berlaku dan saya juga mahu memohon maaf kepada individu yang terlibat.
Saya tiada berniat untuk menjatuhkan air muka sesiapa cuma terkejut melihat paparan gambar tersebut seolah-olah menunjukkan penyediaan juadah makan katak.
Saya terkejut dgn isu sebelum ni (berkenaan isu menyentuh anjing), dan selepas itu terpapar gambar seperti ini membuatkan saya terkejut. Dengan kekeliruan pihak saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua individu yang terlibat dalam paparan gambar.
Mohon maaf sekali lagi.
-Atikah.Ahmad-
0 comments:
Post a Comment