/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Monday, 27 October 2014

Inilah Gambaran Perabot-Perabot Yang Terdapat Dalam Rumah Rasullullah SAW

RANJANG

Diriwayatkan dari Anas ra dia berkata, “saya masuk ke rumah Rasulullah SAW, waktu itu baginda sedang tiduran di ranjang dengan mengenakan selimut. Di atas kepalanya bantal yang terbuat dari kulit yang diisi serabut. 


Lalu, seorang sahabat masuk ke kamarnya yang diikuti oleh Umar. Rasulullah SAW membalikkan badannya sehingga Umar melihat baju Rasulullah SAW tersingkap antara punggung dan seprei , lantas ia melihat ada bekas-bekas pada punggung Rasulullah SAW. Umar menangis. 

Lalu, Rasulullah SAW bertanya kepadanya, “apakah yang membuat kamu menangis?” Umar menjawab , “demi Allah, saya menangis setelah mengetahui bahawa engkau lebih mulia dari raja-raja dan kaisar. 



Mereka hidup sesuai dengan kemahuan di dunia (mewah dan kaya). Sementara engkau adalah Rasulullah(utusan Allah). Seperti yang saya lihat, engkau tidur di tempat seperti ini (sangat sederhana).”

 Rasulullah SAW lalu bertanya, “bukankah kamu suka kalau mereka mendapat kesenangan dunia sementara kita mendapat kesenangan akhirat?”. Umar menjawab, “ tentu, wahai Rasul.”. Kemundian Rasulullah SAW berkata laig, “ Memang demikianlah adanya.” 
(HADIS RIWAYAT AHMAD)

Diriwayatkan dari Amr bin Muhajir, bahawa perabot rumahtangga Rasulullah SAW tersimpan di rumah Umar bin Abdil Aziz yang setiap hari boleh ia lihat. Ketika orang-orang Quraisy berkumpul, dia mengajaknya masuk ke rumah tersebut lalu memperlihatkan perabot rumah Nabi itu. dia berkata, 


“inilah warisan orang paling dimuliakan dan paling diagungkan Allah.” 

Lalu Umar bin Abdil Aziz berkata, “perabot tersebut terdiri daripada ranjang yang diberikan seprei pita. Bantal yang diperbuat dari kulit yang berisi serabut, mangkuk besar, kendi, baju, batu ulekan dan tempat tempat anak panah yang yang berisi anak panah



Pada benangnya terdapat bekas keringat yang baunya lebih harum daripada bau misk. Pada waktu itu, ada seorang yang terkena penyakit, lantas mereka meminta untuk membasuh sebahagian bekas keringat tersebut lalu dimasukkan ke dalam botol sebagai ubat. Keadaan tersebut diceritakan kepada Umar, lantas beliau memberikannya, maka sembuhlah orang tersebut”

Ini adalah gambaran mengenai keadaan dalam rumah dan perabot Rasulullah SAW yang dah lama tersimpan dalam gallery. Wallahu a'lam...


Subhanallah. Ini adalah replika rumah Nabi yang mulia Rasulullah ﷺ yang bersandarkan hadis yang sahih. Replika ini dipertontonkan di Jeddah. Betapa 'ringkas'nya kehidupan Rasulullah.

Sejauh mana ketepatannya, Wallahu'alam. Tetapi lihatlah perbezaan kesederhanaan hidup antara insan yang paling Mulia di sisi Allah dengan kehidupan kita sekarang.

Inilah Gambaran Perabot-Perabot Yang Terdapat Dalam Rumah Rasullullah SAW
  • Title : Inilah Gambaran Perabot-Perabot Yang Terdapat Dalam Rumah Rasullullah SAW
  • Posted by :
  • Date : 23:42
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top