/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Tuesday 7 October 2014

Ibadah Korban Negara Kita:'Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan'.

'Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan'. Pepatah Melayu yang sangat sesuai digunakan untuk dikaitkan dengan ibadah korban dua hari lalu.


Mungkin ramai berasa tidak senang jika ada yang melihat ibadah korban yang dilakukan di negara orang sebagai sesuatu mengabaikan golongan fakir di negara sendiri.

Kenapa perlu ibadah tersebut dibuat di tempat orang sedangkan di negara sendiri pun ramai yang makan bercatu?

Apa bezanya orang miskin di negara ini berbanding orang miskin di negara luar?
Itulah soalan yang diajukan oleh seorang rakyat miskin di negara ini yang hidup bersama keluargnya dalam sebuah rumah usang.

"Saya tinggal di Rompin bersama keluarga dan hampir semua penduduk di kampung saya terdiri daripada golongan miskin.

"Keadaan kami dengan orang luar yang diberi korban tidak banyak bezanya malah kami juga menantikan daging korban setahun sekali sebagaimana mereka.

"Malangnya golongan yang melakukan program korban hingga ke luar negara tak nampak kami di negara sendiri," kata penduduk kampung hanya mahu dikenali sebagai Adnan yang enggan gambarnya dirakamkan. 

Jelasnya,  setiap tahun akan tersiar program korban untuk orang miskin di luar negara dan ini sedikit sebanyak menimbulkan kesedihan di kalangan mereka yang miskin di negara ini.

"Sekali korban hingga beratus ekor sedangkan di tempat kami paling banyak lima ekor yang akhirnya satu keluarga akan dapat 500 gram daging korban.

"Itulah yang daging yang kami rasa setahun sekali hasil sumbangan pihak yang prihatin. 
"Bukan kami tak bersyukur tetapi kami sedih apabila terbaca berita program korban di negara orang seolah-olah di negara sendiri tak ada golongan miskin lagi daif," ujarnya.

Bukan hendak merayu simpati tetapi ayah kepada lima anak ini berharap agar pihak yang sangat prihatin dengan penderitaan orang di luar negara lebih celik mata.

"Kami makan apa yang ada dan sesekali makan ayam yang dipelihara bersama sayur pucuk ubi.

"Pakaian yang kami pakai adalah pakaian terpakai sumbangan pihak luar dan kami amat berbesar hati menerimanya walaupun sisa orang.

"Nak beli baju baru rasanya lebih baik beli makanan keperluan harian demi membesarkan anak-anak," katanya.

Apa pun kata Adnan, dia tidak boleh memaksa orang untuk memberi dia dan penduduk kampungnya daging korban walaupun setahun sekali.

"Yang penting ibadah itu ikhlas dan diserahkan kepada golongan yang layak.

"Cuma kalau boleh, buatlah program serupa di negara sendiri yang pada hakikatnya masih ramai yang senasib dengan si miskin di negara orang,".katanya. 
no image
  • Title : Ibadah Korban Negara Kita:'Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan'.
  • Posted by :
  • Date : 11:32
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top