TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 30, selamat menjalani istiadat pernikahan bersama isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam, 21, dengan sekali lafaz di Istana Bukit Serene, di Johor Bahru hari ini.
.jpg)

biar apa pun darjatnya,itulah kasih anak pada bapanya


Ayahanda Tunku Ismail, Sultan Ibrahim dan bondanya, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris menghadiahkan tujuh dulang barangan kepada pihak perempuan, manakala pihak keluarga perempuan membalasnya dengan sembilan dulang barangan.
Selepas itu, Tunku Ismail akan melafazkan akad nikah pada satu istiadat yang dikendalikan oleh Mufti Johor, Datuk Tahrir Samsuddin.
Istiadat persandingan yang berlangsung secara tertutup
Selepas itu, Tunku Ismail akan melafazkan akad nikah pada satu istiadat yang dikendalikan oleh Mufti Johor, Datuk Tahrir Samsuddin.
Istiadat persandingan yang berlangsung secara tertutup
Tunku Ismail bersama Cik Puan Khaleeda berangkat memasuki pekarangan Istana Bukit Serene, di sini tepat jam 10 pagi dan keluar sekitar jam 12 tengahari selepas sah bergelar suami isteri.
Pasangan diRaja yang mengenakan busana pengantin berwarna putih sempat melontarkan senyuman dan melambaikan tangan ke arah wartawan serta jurugambar di luar pekarangan istana.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan anakandanya, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar serta Tunku Putra Johor, Tunku Abu Bakar dilihat berangkat hadir ke istiadat itu.
Turut kelihatan hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor dan tetamu kenamaan yang mula memasuki pekarangan istana kira-kira jam 8 pagi.
Istiadat akad nikah disempurnakan oleh Mufti Johor, Sohibus Samahah Datuk Mohd Tahrir Samsudin.
Kesemua majlis istiadat dilaksanakan mengikut adat Melayu dan DiRaja Johor selain ada unsur ketenteraan.
Selain mempunyai raut wajah jelita, suri TMJ itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Taman Seri Gombak dari tahun 2000 hingga 2003 sebelum meneruskan pelajarannya di Sekolah St George's Hanover Square London hingga 2004.
Che Puan Khaleeda kemudian melanjutkan pelajarannya di Westminster Academy London pada September 2004 hingga Julai 2008 dan Sekolah Sri Utama, Kuala Lumpur sekembalinya ke Malaysia pada 2010.
0 comments:
Post a Comment