/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Friday 3 October 2014

Foto Sweet Tok Ti Dan Cucu

Melihat koleksi gambar-gambar penyanyi kesayangan ramai, Datuk Siti Nurhaliza dengan cucu tirinya, pasti kita tersenyum sendirian.

Mesra betul gelagat nenek dan cucunya. Teringat sebelum ini ketika menemubual Siti pasal cucunya itu. Kata Siti, cucunya Ayden itu belum pandai bercakap lagi tapi Siti membahasakan dirinya sebagai Tok Ti.

Sedap panggilan Tok Ti itu. Sesuai dengan penampilan Siti yang sentiasa cantik dan elegan walaupun sudah bergelar nenek. Senang cerita, nenek vogue!
Apa pun kerenah Siti dan Ayden yang kini berusia sembilan bulan begitu mesra.

Sekurang-kurangnya Ayden membahagiakan hari-hari Siti yang masih lagi belum diberikan rezeki cahaya mata oleh Allah S. W.T hasil perkahwinannya bersama Datuk Khalid Mohd. Jiwa yang mesra dengan panggilan Datuk K.

Bercakap tentang Ayden, bayi comel dan gebu ini merupakan cucu sulung Datuk K hasil perkongsian hidup anak sulungnya Anas Zawawi dengan Nasha Alyssa yang merupakan anak perempuan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn.
Anas Zawawi dan Nasha Alyssa telah melangsungkan pernikahan pada Disember 2012 dan Ayden selamat dilahirkan pada Disember 2013.
Apa yang pasti, peminat Siti sentiasa mendoakan dia dan Datuk K dimurah rezeki bukan sekadar rezeki harta benda tetapi juga rezeki anak. Semoga Siti dikurniakan anak-anak yang ramai dan soleh belaka.

Tidak sabar pula melihat anak-anak Siti yang mesti comel-comel belaka dan tentunya akan mewarisi bakat seni ibunya.

no image
  • Title : Foto Sweet Tok Ti Dan Cucu
  • Posted by :
  • Date : 14:21
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top