Gombak – Dua penunggang motosikal berkuasa tinggi maut manakala seorang lagi parah selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 25 Lebuhraya Karak kira-kira jam 11.15 pagi ini.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selayang, kemalangan itu turut membabitkan sebuah kereta yang mana mengakibatkan seorang penunggang motor rentung manakala rakannya maut dirempuh dalam kemalangan itu.
Jurucakap itu berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.22 pagi sebelum tiba lima belas minit kemudian bagi memadamkan kebakaran motosikal.
“Seorang mangsa yang parah sudah dikejarkan ke hospital manakala dua yang lain maut ditempat kejadian,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Punca sebenar kemalangan masih lagi disiasat dan tidak menolak kemungkinan ia mungkin berlaku ketika motosikal dan kereta itu menuruni selekoh curam di lebuhraya berkenaan, kata jurucakap itu,
Difahamkan, kejadian berlaku apabila kesemua superbike ditunggang laju atau dalam bahasa mat motor dibawa macam 'cucuk angin'.
Dikatakan salah seorang penunggang depan membrek motosikalnya secara tiba-tiba menyebabkan kemalangan berlaku.
Bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan.
Sebelum ini, Lebuhraya Karak menuju Lebuhraya Pantai Timur memang menjadi spot kegemaran penunggang motosikal berkuasa tinggi kerana keadaan geografinya yang berbukit dan jalan berbukit
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
JENIS INSIDEN:KEMALANGAN J/RAYA
TARIKH/MASA TERIMA PANGGILAN:19/10/2014 (1122)
JENTERA PERTAMA TIBA: 1140
ALAMAT: KM25 LEBUHRAYA
KEMALANGAN MELIBATKAN 3 BUAH MOTORSIKAL BERKUASA TINGGI DAN TELAH TERBAKAR MELIBATKAN 3 ORANG MANGSA (1 RENTUNG, 2 CEDERA PARAH)
MANGSA:1 RENTUNG 2 CEDERA PARAH
MASA INFOBLAST DIHANTAR:1209
Berita terbaru.
1 penunggang rentung (mati)
1 penunggang dilnggar (mati)
1 penunggang parah
0 comments:
Post a Comment