Kejadian terbaru juga berlaku di Taman Tasik Permaisuri dekat sini petang semalam.
Difahamkan kejadian terbaru ini melibatkan seorang peniaga aiskrim yang sedang melalui kawasan itu. Beliau katanya sedang menunggang motosikal EX5 dan telah ditahan oleh seorang lelaki berpakaian biasa ( t-shirt warna biru ada nombor 18 di lengan dan memakai rantai leher ditengkuknya).
Sangkaan peniaga terbabit, lelaki berkenaan mahu membeli aiskrim maka beliau memberhentikan motosikalnya.
Mereka menyita motosikal peniaga tersebut dan beberapa lagi yang lain. Kejadian itu sempat dirakamkan oleh saksi yang berada di lokasi berkenaan.
Persoalannya, apakah wajar penguatkuasa DBKL menyamar dengan berpakaian preman dan apakah tindakan ini mengikut SOP?. Inilah yang memusykilkan semua pihak sekarang.
Nampkaknya, mereka yang memakai baju penguatkuasa PBT kini semakin bertindak di luar batasan.
Semoga isu sebegini dapat dibawa kepada pihak atasan untuk diambil tindakan sewajarnya
0 comments:
Post a Comment