/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Tuesday 7 October 2014

Dakwaan Kerajaan Negeri Lulus Oktoberfest Adalah Fitnah - Iskandar



KUALA LUMPUR: Baru-baru ini kecoh dengan isu Oktoberfest yang telah diluluskan di Selangor. Namun sejauh manakah kesahihan isu ini?

Melalui Selangor Kini, Exco kerajaan negeri, Iskandar Abdul Samad berkata isu itu adalah fitnah semata-mata. Malah perkara itu tidak pernah dibawa ke mesyuarat exco untuk diluluskan.

Terdapat tuduhan Oktoberfest diluluskan ketika pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan empat Exco PAS.

Ini tidak benar, tidak pernah dibawa ke mesyuarat Exco,” tulis Iskandar yang juga Pesuruhjaya PAS negeri menerusi facebook miliknya.

Pendedahan dari sebuah blog pula menyebut 'billboard' yang dikatakan mempromosikan acara Oktoberfest tidak pernah pun wujud. Menurut blog tersebut, MBSA(Majlis Bandaraya Shah Alam) telah mempertikaikan yang billboard sedemikian telah diluluskan. Blog tersebut juga ada mengatakan isu terbabit adalah kerja cyber trooper ISMA.




Isu Oktobberfest ini telah beredar dan menjadi viral melalui laman sosial yang mengatakan kerajaan negeri Selangor telah meluluskan penganjuran pesta arak yang berakhir pada 12 Oktober ini.
Dakwaan Kerajaan Negeri Lulus Oktoberfest Adalah Fitnah - Iskandar
  • Title : Dakwaan Kerajaan Negeri Lulus Oktoberfest Adalah Fitnah - Iskandar
  • Posted by :
  • Date : 20:47
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top