/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Friday 17 October 2014

Che Ta Tak Kisah,Ramai Lagi Nak Taja Che Ta

Memang susah jadi selebriti popular di Malaysia. Bila orang nak taja sesuatu, tak kan tak nak terima. Rezeki jangan ditolak. Bukannya mereka yang terhegeh-hegeh yang minta tajaan Salah kan orang nak menaja.
Macam isu Che Ta yang akan ditaja sepenuhnya oleh Hospital Ampang Puteri bagi proses kelahiran bakal bayi perempuan itu nanti.
Bukan itu sahaja, tajaan tersebut termasuk urusan di bilik bersalin, bilik penginapan serta rawatan dan layanan kelas A secara percuma.
Hospital swasta milik Kumpulan Perubatan Johor itu yang patut kena jawab kena pilih Che Ta dan bukannya golongan miskin dan kurang kemampuan.
Bagi Che Ta pula. Dia hanya meminta supaya tiada mana-mana pihak mempertikaikan tajaan yang diterimanya, biarpun terdapat segelintir yang kurang senang mengenainya.
Che Ta atau nama penuh Rozita Che Wan itu berkata, apa yang diterimanya itu dilihat sebagai rezeki buat dirinya serta bayi yang sedang dikandungnya sekarang ini.
“Alhamdulillah, murah rezeki saya dan bayi dalam perut ini. Selain hospital, ada syarikat insurans yang ingin taja, begitu juga dengan tajaan daripada sebuah produk set bersalin dan sekarang ini sedang berbincang mengenai tajaan produk lampin pakai buang pula.

“Bagi saya, ini semua rezeki yang tidak harus ditolak dan semua pihak harus faham bahawa ia sebenarnya lebih kepada strategi promosi yang pastinya akan memberikan kelebihan kepada pihak yang memberikan tajaan itu,” jelasnya.
Sebelum ini, ramai pihak yang meminta supaya Hospital Ampang Puteri mengkaji kembali relevannya memberikan tajaan untuk bersalin kepada Che Ta dengan berpendapat pelakon itu berkemampuan.
Dijangka bakal bersalin pada bulan ini, ia merupakan cahaya mata sulungnya bersama pelakon Zain Saidin. Sebelum ini, Che Ta sudah memiliki dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu.-
no image
  • Title : Che Ta Tak Kisah,Ramai Lagi Nak Taja Che Ta
  • Posted by :
  • Date : 22:48
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top