/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Thursday, 23 October 2014

Alyah & Ramli MS Umpama Langit Dan Bumi

Penyanyi Alyah menyifatkan hubungannya dengan suami, Datuk Ramli MS dalam karier seni ibarat langit dan bumi.

Justeru, wanita berusia 33 tahun itu menafikan dia menggunakan 'kabel' suaminya itu untuk melonjakkan lagi kerjaya nyanyiannya selepas mereka berkahwin.

"Secara jujur saya katakan, di antara saya dengan suami, ibarat langit dengan bumi. Saya tidak menggunakan kabel suami saya, sebaliknya mempertaruhkan bakat yang ada pada diri sendiri,” katanya yang ditemui pada sidang akhbar senarai Anugerah Industri Muzik 21 (AIM21) semalam.

Alyah dan Ramli, 55, bernikah di Batam, Indonesia pada Mac tahun lalu.

Mengenai perubahan hidupnya semenjak bergelar isteri, Alyah berkata, dia masih belajar menyesuaikan diri dengan kehidupan berumah tangga.

"Sebenarnya tidak banyak yang berubah. Cuma sekarang saya perlu membataskan sedikit cara hidup saya. Jika dulu, selepas habis memenuhi undangan nyanyian pada waktu malam, saya akan keluar minum sehingga jam satu hingga dua pagi.

Tapi sekarang, apabila sudah bersuami, saya cuba untuk berada di rumah awal," ceritanya.

Apabila ditanya mengenai majlis resepsi perkahwinannya yang dijangka diadakan pada satu tarikh yang masih belum diumumkan, Alyah menyerahkan soal itu kepada suaminya.
"Impian perkahwinan saya macam sudah berkurang.

Semua baju cantik dan fesyen yang menarik perhatian orang ramai saya sudah pakai," katanya tersenyum.

Sementara itu, lagu 'Sesal Separuh Nyawa' nyanyian Alyah memasuki senarai calon akhir lima teratas menerusi kategori Kulit Album Terbaik di AIM 21.

Malam kemuncak AIM 21 akan berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Sabtu, 6 Disember ini. - 
no image
  • Title : Alyah & Ramli MS Umpama Langit Dan Bumi
  • Posted by :
  • Date : 23:37
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top