/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Thursday 2 October 2014

Ada stesen minyak tutup awal tunggu harga baru malam tadi

Pengguna mula mengunjungi stesen minyak di Ampang malam tadi sebaik sahaja mengetahui harga petron RON 95 akan dinaikkan sebanyak 20 sen seliter


Sudahlah harga petrol naik 20 sen seliter, ada pula pengusaha stesen minyak yang ambil kesempatan untuk jual pada harga baru bermula pukul 12.01 pagi.

Beberapa buah stesen minyak di Ampang dan Cheras memberi alasan bekalan petrol dan diesel telah habis seawal jam 9 malam.

Tak dapat nak dipastikan sama ada alasan yang diberikan itu betul atau tidak tetapi ramai pelanggan yang merungut bila tidak dapat mengisi minyak sebelum bermula harga baharu.

Namun ramai yang mengatakan alasan yang diberi pengusaha stesen minyak itu hanyalah untuk memastikan stok lama boleh dijual pada harga baharu.
"Tak munasabah minyak habis pukul 9 malam sebab saya selalu isi di sini masa balik dari kerja kira-kira pukul 11 malam.

"Alasan minyak habis memang tak boleh diterima tetapi nak buat macam mana?" kata seorang pekerja pasar raya yang dikenali sebagai Amran.

Sementara itu, hampir semua stesen minyak sesak dengan kenderaan bagi memastikan mereka dapat membeli minyak sebelum dijual pada harga baharu. 
no image
  • Title : Ada stesen minyak tutup awal tunggu harga baru malam tadi
  • Posted by :
  • Date : 09:36
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top