/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Monday, 27 October 2014

9.20 pm: Pintu Pagar Universiti Malaya Di Rempuh Dan Di Roboh Pelajar

Kuala Lumpur, 27 Okt - Keadaan menjadi tegang di Universiti Malaya setelah pintu masuknya telah dipagar bagi menghalang orang ramai dari masuk untuk mengikuti ceramah Anwar pada malam ini.
Pemimpin pelajar berucap memohon dibukakan pintu pagar UM. Masuk! Masuk! Masuk! Jerit pelajar. 

Keadaan juga menjadi semakin tidak terkawal setelah beberapa penyokong yang berkumpul mula bercakap-cakap untuk merempuh pintu pagar UM.



Ceramah yang dijadualkan bermula pada 8.30 malam itu bagaimanapun masih belum bermula apabila kelibat Anwar masih lagi belum kelihatan(8.45 malam).

Pihak Universiti Malaya sebelum ini menyatakan program ceramah dari Anwar sempena rayuan kes liwatnya di Mahkamah Persekutuan esok tidak mendapat kebenaran dari pihak universiti. 


9.20 pm: Pintu pagar Universiti Malaya telah dirempuh dan roboh.

9:07 pm:  Dilaporkan kira-kira 700 orang dilaporkan berada di perkarangan UM sekarang.


Siakapkeli
9.20 pm: Pintu Pagar Universiti Malaya Di Rempuh Dan Di Roboh Pelajar
  • Title : 9.20 pm: Pintu Pagar Universiti Malaya Di Rempuh Dan Di Roboh Pelajar
  • Posted by :
  • Date : 22:16
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top