/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Wednesday 8 October 2014

14 Terbunuh Penunjuk Perasaan Kurdish Bertempur Polis Turki


ANKARA – Agensi berita Turki melaporkan sekurang-kurangnya 14 terbunuh apabila kumpulan penunjuk perasaan terdiri penganut Kurdish bertempur dengan polis hari ini.

Keganasan terbaharu itu tercetus di kawasan penempatan Kurdish di timur Turki yang turut merebak di seluruh Turki dan Eropah apabila penunjuk perasaan menuntut agar tindakan lebih keras diambil terhadap militan Negara Islam (IS).

Agensi berita swasta Turki, Dogan berkata setakat ini lapan orang dilaporkan maut di Diyarbakir, timur Turki dan beberapa lagi di bandar di sebelah timur.

Polis dilaporkan terpaksa melepaskan meriam air dan gas pemedih mata untuk mengawal keadaan apabila penunjuk perasaan mula membakar kereta dan merosakkan premis perniagaan.

Perintah berkurung turut dilaksanakan di lima wilayah di Turki.

Keganasan oleh penunjuk perasaan turut berlaku di beberapa bandar di sebelah selatan termasuk Ankara dan Istanbul.

Di Brussels, kira-kira 50 penunjuk perasaan memecah pintu dan merempuh hadangan polis untuk masuk ke bangunan Parlimen Eropah. – AP
14 Terbunuh Penunjuk Perasaan Kurdish Bertempur Polis Turki
  • Title : 14 Terbunuh Penunjuk Perasaan Kurdish Bertempur Polis Turki
  • Posted by :
  • Date : 12:26
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top