
KUALA LUMPUR: Setengah tahun berlalu sejak kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan 239 penumpang di dalamnya.
Seramai 239 orang tersebut merupakan ayah, ibu, abang, kakak, suami, isteri, kawan dan kepada seseorang dan hanya menyebut nama mereka sahaja boleh membawa memori yang indah kepada mereka.
Walau bagaimanapun, enam bulan sejak kehilangan MH370, hanya air mata yang berlinangan dan kekecewaan yang dirasai oleh keluarga penumpang yang ingin mempercayai bahawa orang kesayangan mereka akan pulang satu hari nanti.
“Beberapa hari lepas, saya berdoa kepada Tuhan sekiranya ayah saya masih hidup, berilah petunjuk kepada saya melalui mimpi, dan tiga hari berturut-turut, saya bermimpi tentang ayah saya.”
Inilah kata-kata sayu yang disuarakan Maira Elizabeth Nari, anak kepada Ketua Pramugara MH370, Andrew Nari, yang memberi gambaran bahawa walaupun sudah setengah tahun ayahnya tidak pulang, harapan bahawa ayahnya akan kembali tidak pernah pudar.
Menurut Maira, mimpi itu meningkatkan lagi harapannya bahawa ayahnya akan kembali dan ia adalah satu petunjuk baginya.
“Mimpi pertama adalah satu `kolaj gambar’ di mana terdapat satu gambar hutan, satu gambar ayah saya sedang melihat saya dan satu gambar ayah saya sedang terbaring.
“Mimpi kedua adalah ayah saya pulang untuk meraikan satu parti barbeku di rumah makcik saya. Parti seperti ini memang satu kebiasaan dalam keluarga kami. Tetapi dalam mimpi ini, ayah saya mempunyai rambut panjang.
“Mimpi ketiga adalah sama seperti mimpi kedua, tetapi ayah saya nampak kurus kering dan tiada rambut,” jelas Maira.
Seperti Maira, ramai lagi keluarga mangsa tragedi MH370 masih mengharapkan kepulangan orang yang tersayang.
Kalau hidup bawa balik, kalau sudah tiada bawa pulang seperti MH17
Selepas lebih 180 hari kehilangan pesawat malang MH370, isteri pramugara penerbangan MH370 Mohd Hazrin Hasnan, Intan Maizura Othaman, 34, masih menaruh harapan tinggi untuk menanti kepulangan suaminya sama ada masih hidup atau 'sudah tiada lagi'.
Ujarnya, keluarga penumpang dan krew pesawat MH370 sentiasa menanti kepulangan insan tersayang walau apa terjadi kepada mereka sejak peristiwa malang 8 Mac lalu.
"Kalau mereka hidup bawa mereka balik, kalau mereka sudah tiada bawa mereka pulang seperti MH17 kerana mereka juga manusia," katanya dalam sistem pesanan WhatsApp
Anak Intan, Iman, 5,sebelum ini dilaporkan terpaksa mendapatkan khidmat kaunselor ekoran emosinya kerap terganggu kerana terlalu rindukan ayahnya.
Tambah Intan, media juga harus sensitif dalam melaporkan apa yang benar-benar disebut oleh waris mangsa MH370.
"Hendak tulis boleh tapi jangan menambah ya," jelasnya.
Intan turut menyatakan keyakinan tidak percaya pesawat yang membawa suaminya yang lebih mesra dipanggil `Rain' itu berakhir atau hilang di Lautan Hindi.
Dalam pada itu, suami kepada seorang penumpang MH370, Azrai Izet mahu rakyat negara ini mendoakan kebahagiaannya dan keluarga di dunia dan di akhirat.
MELIHAT raut wajah ceria Iman, anak perempuan sulung kepada pramugara MH370, Hazrin Mohamed Hasnan dan isterinya, Intan Maizura Othaman yang berusia empat tahun ketika melakar kad ucapan hari bapa membuatkan saya benar-benar tersentuh.
Masakan tidak, ketika Iman berlari-lari kecil sambil memegang sekeping kad hari bapa hasil lukisannya - watak orang salji di dalam filem Frozen, Olaf - semua di dalam dewan yang hadir dalam majlis memperingati 100 hari kehilangan MH370 seolah faham, Iman benar-benar merindui papanya.
Dan ayat pertama Intan kepada saya;
"Tidak ada yang lebih berat daripada beratnya menanggung kesakitan kehilangan kapal terbang ini."
Ketika itu saya kelu untuk bertanya apa-apa selain berdoa kepada Tuhan, segeralah berikan jawapan misteri MH370 ini.
Intan saya lihat berpegang dengan keyakinan tidak percaya pesawat yang membawa suaminya yang lebih mesra dipanggil `Rain' itu berakhir atau hilang di Lautan Hindi.
Biarlah usaha pencarian dilakukan seberapa lama sekali pun, namun yang pasti tidak apa dapat mengubah pendirian Intan terhadap pencarian di lokasi itu.
Dia terima ketentuan kehilangan namun bertegas ia tidak mungkin di sana kecuali ada bukti yang boleh mengubah pendiriannya.
"Pada awalnya ia OK tapi makin lama makin sakit kerana kita tidak mendapat jawapan."
"Kita tidak tahu kebenaran dan menunggu dan menanti adalah sesuatu yang sangat menyakitkan, sangatnya dirasa sangat menyakitkan bila hari-hari kita tunggu dan tunggu," ujarnya.
Intan bagaimanapun akur, dia mahu meneruskan kehidupan membesarkan Iman dan anaknya yang baru lahir 19 Mei lalu, Muhammad dengan semangat keluarga yang menjadi sumber kekuatan untuknya.
MH370, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Lebih 26 negara terlibat dalam usaha mencari pesawat Boeing 777 itu melalui udara, laut dan dasar laut. Namun selepas enam bulan, tiada sebarang petunjuk dapat dikesan.
Terlampau banyak teori konspirasi tentang kejadian itu antaranya rampasan dan sabotaj ke atas pesawat yang membawa 239 penumpang itu.
0 comments:
Post a Comment