/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Tuesday, 9 September 2014

PBNJ Tandatangan Kerjasama Dua Hala Dengan Valencia CF

Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dan Kelab La Liga Sepanyol, Valencia CF, mencapai persetujuan untuk menjalin kerjasama bagi pembangunan bola sepak di Johor.
PBNJ dalam kenyataan menerusi laman sosial rasminya berkata, persetujuan mengenai kerjasama itu dicapai oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden PBNJ dan Pengerusi Valencia CF, Peter Lim. 
Tunku Ismail dan Lim bersepakat untuk membantu bola sepak Johor dari segi pembangunan, pengambilan pemain secara pinjaman serta latihan pemain remaja Johor Darul Takzim (Johor DT) ke Valencia CF mulai musim depan. 

Lim, hartawan Singapura yang turut mempunyai pelbagai kepentingan perniagaan di Iskandar Malaysia, bersetuju membeli 70 peratus kepentingan dalam kelab Sepanyol itu bulan lepas.

Untuk makluman,pada tahun 2010 kira-kira 4 tahun lalu beliau pernah mencuba untuk membeli kelab gergasi Liga Perdana Inggeris iaitu Liverpool namun gagal.
PBNJ Tandatangan Kerjasama Dua Hala Dengan Valencia CF
  • Title : PBNJ Tandatangan Kerjasama Dua Hala Dengan Valencia CF
  • Posted by :
  • Date : 10:21
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top