Prof. Madya Datuk Mohd Mokhtar Shafii |
Individu yang terkorban ketika berjuang mengangkat senjata di tanah Syria tidak semestinya ditakdirkan sebagai mati syahid, demikian kenyataan oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Jabatan Mufti Negeri Selangor, Prof. Madya Datuk Mohd Mokhtar Shafii.
Berkata kepada Sinar Harian Online hari ini, Mohd Mokhtar menjelaskan, syarat pihak yang menyertai peperangan di Syria perlu dikenalpasti terlebih dahulu sebelum ditentukan individu tersebut mati syahid.
“Kematian orang kita (rakyat Malaysia) di Syria belum dapat dipastikan syahid atau tidak kerana kita tidak dapat pastikan dia berjuang di pihak mana.
“Kita kena ambil tahu (siasat) individu itu berperang bagi pihak siapa dan adakah syarat-syarat dia menyertai peperangan tersebut bersesuaian dengan maksud jihad.Kalau tidak (sesuai) itu belum tentu lagi dia mati syahid,” katanya.
Sebelum ini, rakyat Malaysia adalah antara pihak yang tergerak untuk melibatkan diri dan berjuang di Syria.
Antaranya ialah Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Kedah, Ustaz Lotfi Ariffin dan bekas anggota kumpulan music 90-an Ukays, Akel Zainal.
Menurut Mohd Mokhtar lagi, syahid atau tidak, ia sebenarnya terpulang kepada ALLAH untuk menentukannya.
“Terpulang kepada ALLAH untuk tentukan status kematian dia (pejuang yang terkorban di Syria),” jelasnya.
“Terpulang kepada ALLAH untuk tentukan status kematian dia (pejuang yang terkorban di Syria),” jelasnya.
0 comments:
Post a Comment